Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

18 October 2011

Hj Hadi bersekongkol dengan DAP tolak Hudud

KUALA LUMPUR 17 Okt – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar memberikan penjelasan lebih lanjut berhubung persetujuan bersama antara parti itu dengan DAP berhubung hukum hudud di dalam satu mesyuarat sulit baru-baru ini.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata keputusan mesyuarat itu yang dikatakan berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang” memerlukan penjelasan lebih lanjut daripada kepimpinan parti berkenaan.

Tegas beliau apa yang diutarakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu seolah-olah memberi gambaran bahawa Pas secara berlapik menolak hukum berkenaan dan masih setia mengikat janji untuk bersama dengan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.

“Jika benar mesyuarat itu wujud dan jika benar apa yang diperkatakan oleh Guan Eng itu, alangkah malangnya penyokong mereka khususnya golongan “totok” yang selama ini sanggup mengkafirkan orang-orang UMNO kerana dikatakan menolak hudud.

“Sedangkan hari ini kita boleh tengok bagaimana kepimpinan mereka sendiri yang menolak hukum tersebut malah lebih menyedihkan terpaksa tunduk kepada golongan kuffar demi kuasa dan kepentingan politik mereka di dalam pakatan pembangkang.

“Sebab itulah kita minta penjelasan kerana ini yang akan diperkatakan di akar umbi. Kalau betul nak perjuangkan sila sebutkan dengan jelas dan bagaimana pula dengan persetujuan bersama di dalam mesyuarat sulit itu. Apa pun sudah terang ianya satu sandiwara oleh puak-puak tok guru yang bertopengkan perjuangan Islam di dalam Pas,” katanya kepada UMNO-Online.

Ketika mengesahkan pertemuan pada Isnin itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata keputusan mesyuarat itu berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Dilaporkan juga DAP dan Pas terus menghadapi kebuntuan berhubung kontroversi undang-undang hudud selepas mengadakan satu lagi “mesyuarat sulit” di ibu pejabat DAP di sini.

Kedua-dua parti sekutu Pakatan Pembangkang itu mengadakan pertemuan dengan PKR sebagai usaha mencari penyelesaian dalam isu rumit mengenai cadangan Pas untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan.

Ini merupakan pertemuan kedua diadakan dalam tempoh dua minggu yang turut disertai para pemimpin tertinggi Pakatan.

Mereka termasuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, pengerusi kebangsaan Karpal Singh dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali.

Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya menambah, jika itulah keputusan mereka bermakna segala seminar dan segala apa jua program yang berkaitan hudud di Kelantan hari ini adalah satu lakonan semata-mata.

“Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tetapi melihat kepada apa yang dilaporkan itu, Nik Aziz nampaknya berbohong kepada rakyat Kelantan. Paling sedih penyokong mereka yang sanggup berhujan dan berpanas mengunjungi ceramah dan program yang diadakan di ceruk pelusuk negara rupa-rupanya ditipu mentah-mentah,” katanya.

- Media UMNO
Sambung baca...

05 October 2011

Tiada kawasan yang dilabel 'hitam' di Perak

Barisan Nasional (BN) Perak menganggap tiada kawasan mengundi yang boleh dilabelkan ‘hitam’ iaitu yang tidak boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Datuk, Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga pengerusi BN Perak berkata sama ada ‘hitam’ atau ‘putih’ sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bergantung kepada strategi parti di samping usaha dan kerja keras setiap anggota untuk aktiviti masyarakat di situ.

“Sukar katakan kawasan tertentu sebagai ‘hitam’ sebab ini adalah politik. Kadangkala kawasan yang dianggap ‘putih’ (peluang cerah untuk menang) boleh bertukar ‘hitam’ kerana politik adalah sesuatu yang dinamik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan di sini hari ini.

— Bernama
Sambung baca...

29 September 2011

Isu Hudud hanya muslihat PAS kata Muhyiddin

PONTIAN 29 Sept. - Tindakan Pas menimbulkan isu pelaksanaan hukum hudud merupakan suatu muslihat politik untuk mengembalikan sokongan masyarakat terutamanya di kalangan pengundi Melayu terhadap parti itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Pas sedar sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu terjejas teruk berikutan keputusannya tidak mahu membentuk Negara Islam, sebaliknya kini mahu menubuhkan Negara Berkebajikan.

"Ia adalah muslihat politik Pas kerana dia tengok akhir-akhir ini sokongan terhadap Pas terjejas dengan teruk. Sebahagian daripada penyokongnya tidak berpuas hati dengannya,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra rakyat di perkarangan Masjid Jamek Kampung Sungai Bunyi, di sini hari ini. - Bernama
Sambung baca...

23 September 2011

Pakatan Rakyat akhirnya setuju menyertai Jawatakuasa Pembaharuan Pilihanraya

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat akhirnya bersetuju menyertai jawatankuasa terpilih parlimen bersama dengan kerajaan untuk pembaharuan pilihan raya negara ini.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedia menghantar wakil daripada setiap parti komponen PR untuk menyertai jawatankuasa tersebut.


“Kita akan minta wakil tersebut membawa mandat rakyat yang dicetuskan oleh Bersih 2.0 untuk mengadakan proses (pembaharuan) pilihan raya yang bersih.

“Ini kerana kita berharap jawatankuasa ini bukan helah untuk melambatkan pembaharuan dan pilihan raya diadakan sebelum jawatankuasa ini bertindak,” katanya dalam kepada pemberita d:i sini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat semalam.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sehingga kini belum mendapat sebarang maklumat mengenai pembentukan jawatankuasa tersebut yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen 3 Oktober depan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan terbuka dengan memberi kerjasama penuh untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

“Kita beri peluang kepada kerajaan sama ada ini hanya taktik atau mereka benar-benar serius atau sebaliknya untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya.

Selain itu, beliau turut mengulas rundingan kerusi antara parti komponen PR untuk pilihan raya umum akan datang yang mana setiap negeri diminta mencadangkan nama calon untuk diserahkan kepada peringkat Pusat sehingga akhir bulan ini.

“Tidak benar dakwaan bahawa rundingan (kerusi) gagal kerana perbezaan pendapat sering berlaku dan ini akan ditangani oleh parti di setiap negeri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafar Ali berkata, sebahagian negeri telah mengemukakan nama kepada peringkat Pusat.

“Insya-Allah cadangan mengenai nama tersebut akan selesai dalam tempoh yang kita ditetapkan.

“Sekiranya ada pertindihan nama, Pusat akan menyelesaikan perkara tersebut,” katanya.

Sambung baca...

20 September 2011

Manoharan tidak layak berada di Malaysia

Wanita Umno menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana menghina Jalur Gemilang. Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamila Ibrahim berkata, Manoharan tidak layak berkhidmat sebagai wakil rakyat kerana beliau bertindak memperlekehkan kedaulatan negara.

"Jalur Gemilang adalah simbol negara dan kedaulatan. Menghina dan mengabaikan ia sama seperti satu pengkhianatan," katanya di sini, Isnin.

Katanya lagi, individu yang tidak tahu erti negara bangsa, kedaulatan dan prinsip-prinsip demokrasi tidak layak untuk menjadi ahli politik dan mewakili rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan kontroversi Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya pembangkang berkuasa selepas pilihan raya akan datang sepertimana yang beliau muatnaikkan dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Malah beliau turut mengutuk tindakan Manoharan yang mengabaikan Jalur Gemilang dengan mengedarkan bendera DAP pada Hari Malaysia dan sambutan hari kemerdekaan.

Walaupun Manoharan telah menyatakan permohonan maaf, Kamilia berkata tindakan tegas tetap perlu diambil terhadap pemimpin pembangkang itu.

"Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Kenapa kita mesti melayan orang yang tidak mengiktiraf negara sendiri," katanya.
Sambung baca...

Majlis Presiden Pakatan Rakyat dibidas oleh Dewan Pemuda PAS

PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Rakyat ditegur kerana tidak prihatin terhadap pandangan pimpinan dan wakil rakyat mereka berhubung sesuatu isu hingga boleh merosakkan imej dan reputasi pakatan pembangkang.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Raja Ahmad Al-Hiss berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat perlu lebih tegas dan berhati-hati dalam mengeluarkan pandangan dan keputusan teutama berkaitan soal dasar dan hala tuju.

"Kami melihat Majlis Presiden kurang memberi keprihatinan terhadap ucapan dan pandangan pimpinan serta wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya selari dengan dasar pembangkang sendiri dan parti masing-masing," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kontroversi yang dicetuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mencadangkan agar Jalur Gemilang digantikan dengan bendera lain sekiranya PR berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

Pada Jumaat lalu, Manoharan dalam akaun Facebook miliknya menyatakan hasrat demikian sambil menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dalam kawasannya kerana mendakwa bendera itu kelihatan seperti Barisan Nasional berbanding Malaysia.

Beliau bagaimanapun dengan segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran komentarnya itu. Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata, kenyataan Adun DAP itu adalah keterlaluan dan boleh diaanggap sebagai mahu mencemar kedaulatan negara.

"Bagi kami tulisan tersebut keterlaluan dan tidak pernah sekali-kali dibincang mahupun terlintas difikiran Pakatan Rakyat untuk dilakukan.

"Malah kami akan terus mempertahankan nilai dan ciri jati diri negara seperti yang terdapat dalam jalur gemilang sedia ada," katanya.

Sambil menyifatkan pandangan Manoharan itu sebagai 'khayalan peribadi', Raja Ahmad turut mengingatkan agar pimpinan Pakatan Rakyat di semua peringkat tidak ghairah mengeluarkan kenyataan yang merugikan masa depan mereka dan juga parti.

"Kami menganggap tulisan tersebut adalah imaginasi dan khayalan Manoharan sendiri dan terlanjur dalam kenyataannya. Namun imiginasi seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang peringatan dan tindakan.

"Kami juga ingin mengingatkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat agar tidak ghairah mengeluar kenyataan yang mewakili Pakatan Rakyat tanpa merujuk kepada Majlis Presiden terlebih dahulu," tegasnya.

Sambung baca...

18 September 2011

Nik Aziz merayu kepada PM jalankan Hudud

KOTA BHARU –Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud.

Menteri Besar itu berkata, pelaksanaan undang-undang Islam berkenaan sebelum ini mendapat tentangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengugut bertindak jika Pas Kelantan melaksanakannya.


“Kerajaan Negeri setiap masa hendak kepada hudud, apabila tiada hudud inilah jadinya,
rasuah, zina, pecah rumah dan sebagainya. Hudud ini perlu disegerakan, Pas Kelantan sudah lulus, semua Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak kira, Pas atau Umno sokong 100 peratus.

“Selepas hudud diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), Perdana Menteri datang Kelantan dan cakap kalau Kelantan laksana hudud kami akan bertindak.

Jadi Pas Kelantan hentikan hudud walaupun semua dah siap. Akhirat kelak kalau ALLAH tanya kenapa tidak laksana hudud saya kata tanya Tun Dr Mahathir. Insya-Allah harap terbuka pintu hati Najib untuk laksanakan hudud,” katanya.

Kenyataan Nik Aziz itu sebagai mengulas laporan Yayasan Aids Malaysia yang merumuskan Kelantan mencatatkan angka tertinggi penghidap HIV, tahun lalu, selepas Pahang, Wilayah Persekutuan dan Johor.

Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) diluluskan Dun Kelantan pada 1993, berikutan janji Pas dalam manifestonya akan melaksanakan hukum hudud pada Pilihan Raya Umum 1990.

- SINAR Online
Sambung baca...

15 September 2011

PAS disaman RM10 juta oleh UMNO Selangor

UMNO Selangor hari ini menyaman Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi bagi menuntut ganti rugi RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah parti itu dalam satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Harakah edisi 19-21 Ogos lalu.


Saman itu difailkan oleh Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor melalui firma guaman Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 11.50 pagi.

Beliau selaku plaintif menamakan Mustafa sebagai defendan pertama, manakala Presiden serta Timbalan Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu sebagai defendan kedua dan ketiga. Berita selanjutnya klik DISINI.

-Utusan Malaysia
Sambung baca...

14 September 2011

Cara mudah menghilangkan dakwat kekal

Sebuah firma antarabangsa yang mengkhusus dalam sistem keselamatan cap jari mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa dakwat kekal akan digunakan oleh pengundi boleh dihilangkan dengan mudah menggunakan pelarut biasa.

Menurut syarikat yang berpangakalan di Eropah, dengan pegalaman lebih 25 tahun di lebih 40 buah negara telah menjalankan ujian dengan menggunakan dakwat berkenaan dan hasil penemuaan tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa.


Dalam satu demonstrasi kepada The Star, telah ditunjukkan bagaimana dakwat kekal yang dicelup pada jari telunjuk dapat dihilangkan dengan mudah dalam tempoh beberapa minit sahaja dengan menggunakan pelarut biasa yang boleh didapati di kedai menjual barang perkakasan.

Menurut jurucakap syarikat berkenaan, pelarut tersebut merupakan barang kawalan kerana ia mengandungi argentum nitrat dan tidak boleh dijual secara terbuka di pasaran.

Kontroversi penggunaan dakwat kekal bukanlah perkara baru apabila penggunaannya turut dipersoalkan pada pilihan raya Presiden Afghanistan pada 2004 dan pilihan raya Palestin pada 2005.

Selebihnya Baca DISINI.

- MStar Online
Sambung baca...

08 September 2011

PAS takut menerima memorendum daripada bekas Polis dan Tentera

Sekitar 100 orang ahli persatuan bekas polis,tentera dan beberapa NGO gagal menghantar memorandum bantahan kepada Ibupejabat PAS Khamis untuk membantah kenyataan Mohamad Sabu mengenai Bukit Kepong.


Mereka berkumpul di depan bangunan ibupejabat parti itu di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tidak lama sebelum Mat Sabu mengadakan sidang akhbar di situ. Kakitangan di pejabat itu enggan terima memorandum berkenaan atas alasan tidak mendapat arahan dari pihak atasan.

Mereka kecewa dengan sikap PAS itu. Beberapa orang anggota polis berkawal di situ dan kemudian meminta mereka bersurai. Mereka menyanyi lagu patriotic Inilah Barisan Kita sebelum mereka besurai dengan perasaan hampa.
Sambung baca...

SPR : Kabinet lulus penggunanan dakwat kekal

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan bahawa pihak Kabinet telah meluluskan penggunaan dakwat kekal pada PRU 13 kelak.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat Perdana Menteri berkenaan hal tersebut.


Malah salah seorang anggota Kabinet, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sendiri tidak tahu menahu malah tidak langsung dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Laporan akhbar tersebut turut menyebut kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Sumber : KL Post
Sambung baca...

28 March 2011

Nasharuddin Mat Isa Sudah Tidak Percaya Lagi Dengan PAS!


Krisis  yang  berlaku di dalam kepimpinan PAS Pusat kini dilihat telah berada dikemuncaknya walaupun rakyat tidak didedahkan apakah sebenarnya yang berlaku di dalam kepimpinan tertinggi PAS. Persoalan ini  timbul berikutan kengganan Nasharuddin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS  dengan memberi  kenyataan bahawa beliau akan memberi  laluan kepada tokoh lain yang lebih berminat.

 Antara tokoh-tokoh lain yang dikatakan berminat dan disebut-sebut  untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat ialah Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS Pusat) dan juga Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS Pusat .


Ketiga-tiga tokoh ini dilihat ada keinginan untuk mengisi jawatan tersebut berdasarkan populiriti yang ada pada setiap individu berkenaan.
Persoalannya disini, kenapa Nasharuddin Mat Isa begitu mudah memberi  laluan kepada  tokoh lain sedangkan beliau baru sepenggal memegang jawatan berkenaan malah ‘post’ Timbalan Presiden Pusat boleh dikatakan mempunyai kelebihan untuk membuat sebarang keputusan bagi meneruskan agenda parti PAS.

Berdasarkan kepada beberapa ‘info’ yang diperolehi daripada beberapa pemimpin PAS sendiri  mengatakan bahawa Nasharuddin Mat Isa telah ‘merajuk’  terhadap pimpinan tertinggi parti PAS kerana  dikatakan sebagai ‘tali barut’ kepada UMNO  dan membawa perjuangan PAS kea rah yang lebih ‘liberal’ berbanding dengan tokoh yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan berkenaan.

Perkara ini memang diakui berdasarkan kepada senario sebelum ini yang mana PAS pernah diajak berunding oleh UMNO untuk membetuk kerajaan perpaduan. Pada masa itu, Presiden PAS, Datuk Hj Abdul Hadi Awang juga lebih bersifat terbuka untuk duduk semeja dengan  pimpinan tertinggi UMNO dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.

Namun disebabkan ketaksuban yang terlalu tinggi terhadap Mursidul Am  Datuk Nik Aziz,  akhirnya hasrat untuk membetuk kerajaan perpaduan tidak kesampaian kerana bagi ahli dan penyokong PAS, setiap keputusan yang dibuat oleh Nik Aziz merupakan satu ‘fatwa’ dan perlu diakui oleh semua peringkat pimpinan dalam parti PAS.

Apa yang menarik, kedua-dua pemimpin terntinggi parti ini iaitu Datuk Hj Hadi dan Nasharuddin dilihat lebih mengambil pendirian ‘berdiam diri’ sekiranya ada isu-isu yang timbul melibatkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Sebagai contoh dalam isu terbaru yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan video klip seks dengan seorang pelacur cina tidak diulas secara terperinci  apakah pendirian parti PAS terhadap isu berkenaan?

Justeru, yang jelasnya pendirian dan pandangan Hj Hadi dengan Nik Aziz adalah berbeza kerana awal-awal lagi Nik Aziz sudah menafikan bahawa ‘pelakon seks’ dalam video klip tersebut bukanlah Anwar Ibrahim malah menuduh isu ini sengaja ditimbulkan UMNO bagi tujuan menghancurkan karier politik Anwar Ibrahim. Adakah Nik Aziz sudah melihat video berkenaan kerana awal-awal memberi kenyataan sedemikian? Ataupun sengaja ingin menutup aib rakan dalam pakatan. Kiranya pelakon dalam klip video berkenaan ternyata Anwar, apakah pula jawapan Nik Aziz? Sepatutnya Nik Aziz terlebih dahulu melihat sendiri video klip berkenaan bagi mendapat kan kesahihannya dan barulah membuat sebarang komen kepada media..
BERAGAH@




Sambung baca...

Politik Lucah di Malaysia, Kata Mat Sabu!

Tak pernah terfikir sampai begitu sekali pendirian Mat Sabu(MS) yang mengatakan
bahawa negara kita sekarang ini sudah sampai ke tahap mengamalkan 'POLITIK
LUCAH'.


Apa sebenarnya maksud yang tersirat di lubuk hati MS sampai begitu sekali
menduh kerajaan Malaysia mengamalkan politik lucah. Mungkin MS beranggapan
apa yang berlaku terhadap  Anwar adalah komplot jahat yang dirancang secara
teliti untuk menjatuhakn Anwar.

Sedar atau tidak, saya masih teringat sekiranya sebut nama MS, pasti teringat lagi
skandal beliau dengan bini orang di Kota Bahru satu ketika dulu. Itu yang dihebohkan
namun di sebalik itu, mungkin masih banyak lagi yang tersembunyi berkaitan tingkah
laku si MS ni.

Dalam pada itu, saya ada terbaca satu artikel dari laman pembangkang yang
menyiarkan kenyataan MS bahawa beliau jijik untuk melihat aksi Chua Soi Lek
satu ketika dulu? Jawapannya cukup mudah, Chua Soi Lek seorang yang berani
mengaku kesilapannya tetapi berbeza dengan pemimpin pembangkang yang dikaitkan
dengan Anwar , tidak berani mengaku walhal banyak pihak yang membuat keputusan
bahawa dalam klip video berkenaan adalah Anwar.

MS juga mengatakan selama 31 tahun beliau berkecimpung dalam pentas politik
di Malaysia, tidak pernah lagi terfikir sampai ke tahap ini perjalanan politik sehingga
dilabelkan 'POLITIK LUCAH'. 


Hei MS, kamu jangan nak berlagak alim dengan kenyataan bodoh itu kerana
rakyat di negara ini tahu kamu siapa??. Peminat isteri orang dan meleleh air liur
apabila tengok bini orang.

Kejadian rapped melibatkan bini orang di negara ini sebenaranya diajar oleh MS kalau
korang semua nak tahu. Dia (MS) pernah kata tetapi tidak secara direct bahawa kualiti
diantara bini orang dan anak dara, pastinya bini orang lagi 'power'. Jadi itulah sebenarnya
MS..

Selain itu, saya difahamkan juga MS pernah meluahkan keinginannya kepada beberapa
pemimpin BN yang ada koleksi video klip Anwar dengan pelacur cina untuk ditonton
sendiri....Hmm MS MS MS!
Sambung baca...

27 March 2011

Ketua Serikandi PKR Pusat Buat Hal Lagi??

Pening kepala bercampur haru biru apabila memikirkan perbicaraan
kes liwat AI yang sehingga kini masih belum selesai. Namun, percaya
dengan pihak pendakwaan bahawa kes ini akan diselesaikan dalam
masa yang terdekat.

Kenyataan terbaru oleh Ketua SK PKR Pusat, Aishah yang mendakwa
penglibatan seorang pegawai polis bernama Ridwan sengaja mereka-
reka cerita untuk mensabitkan AI dalam kes liwat..


Baru je beberapa minggu lepas di Bagan Datoh, si Aishah ni berbohong
dan memutarbelitkan fakta kali ini sekali lagi menjadi pemutar alam
untuk mempertahankan AI.

Apa agaknya ilmu yang dipakai oleh AI sehingga si celek yang mentah
ni pun dah terpengaruh sehingga begitu jauh.

Hinggakan kes liwat AI pada tahun 1998 juga dikaitkan dengan pegawai
Polis ini sedangkan dia sendiri tidak kenal pegawai polis berkenaa. Kalau
nak kelentong pun biarlah berpada-pada kerana ada yang lebih tahu
mengenai cerita sebenar.

Wow!!! nak pengsan aku kena 'Torpedo' ni..

Dalam masa yang sama memberitahu bahawa keputusan yang
dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi adalah betul bahawa
Saiful tidak diliwat . Bagi saya simple, kalau apa yang berlaku'itu melibatkan
ahli keluarga dalam rumah kita, takkan nak dihebohkan kepada umum.

Kronologi perbicaraan kes liwat AI yang dipetik dalam blog MiM

12 – 2.00 Petang, 26 Jun 2008 – Mesyuarat Anwar Bersama VIP Di 1152
Pada pagi 26 Jun 2006, jam 10.30 pagi Anwar mengingatkan Mohd Saiful supaya hadir ke Kondominium Desa Damansara, pada jam 2.15 petang kerana di antara jam 12 tengahari hingga 2.00 petang, Ketua Umum PKR itu mempunyai mesyuarat sulit dengan VIP di Unit 1152.
Tujuan Anwar arahkan Mohd Saiful ke sana untuk berbincang jadual kerja secara peribadi di antara Ketua Umum PKR dengan Pembantu Sulitnya itu.
Mohd Yusof : Jika diingatkan apakah Anwar beritahu (kepada anda) pada 26 Jun 2008, jam 10.30 pagi ?
Saiful : Anwar ingatkan saya kembali untuk datang ke kondo tersebut dan kedua beritahu tentang mesyuarat dengan Prof. Ariff pada jam 12 di Kondo Desa Damansara di rumah En Hassanuddin.
Mohd Yusof : Kondo di mana?
Saiful : Unit lain 1152
Mohd Yusof : Anwar ada beritahu kenapa beliau mahu kamu ke sana?
Saiful : Ada. Untuk bincang jadual kerja
Mohd Yusof : Anwar akan berada di sana ?
Saiful : Ya
Mohd Yusof : Pukul berapa kamu diberitahu patut berada di sana ?
Saiful : Sepertinya 2.15 petang



2.45 – 4.30 Petang, 26 Jun 2008 – Mesyuarat Sulit Anwar Bersama Saiful Di 1151
Sebagai justifikasi membolehkan Mohd Saiful keluar dari pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, PJ, Anwar mungkin menelefon ketua Staff, Ibrahim Yaakub supaya membenarkan Mohd Saiful menghantar dokumen kepadanya di kondo tersebut.
Mohd Saiful bertolak dari Pejabat Ketua Umum, PJ pada pukul 1. 45 petang. Sebelum itu, Ibrahim Yaakub mengirimkan satu dokumen kepadanya untuk diserahkan kepada Anwar.
Mohd Saiful sepatutnya sampai ke kondo itu pada jam 2.15 petang, tetapi hari itu dia sampai lewat, kira-kira jam 2.45 petang.
Mohd Yusof : Pukul berapa tinggalkan pejabat (Seksyen 16, PJ) ?
Saiful : Saya bertolak lebih kurang 1.45 petang
Mohd Yusof : Masa kamu tinggalkan pejabat, adakah kamu berlenggang atau ada bawa apa-apa ?
Saiful : Bawa satu dokumen yang saya tak pasti (isi kandungannya) tetapi diserahkan oleh ketua staff, En. Ibrahim Yaacob untuk diserahkan kepada Anwar.
Mohd Yusof : Pukul berapa lebih kurang smpai ke kondo?
Saiful : Lebih kurang jam 2.45 petang

etelah sampai di Kondo itu, ketika keluar lif di Tingkat 5, Mohd Saiful berselisih dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya yang baru sahaja keluar dari Unit 1152.
Saiful : Dari pintu lif saya ke tingkat 5.
Mohd Yusof : Keluar lif?
Saiful : Ya
Mohd Yusof : Unit ini di mana bila keluar lif, pergi kanan atau kiri?
Saiful : Keluar lif pergi ke kanan
Mohd Yusof : Masa keluar apa terjadi?
Saiful : Saya berselisih dengan seseorang
Mohd Yusof : Dari pintu lif dengan orang itu berapa jauh?
Saiful : Pada masa itu orang itu baru keluar dari unit En Hassanuddin, dan berselisih dalam perjalanan.
Mohd Yusof : Kenal dengan orang yang berselisih?
Saiful : Tidak kenal
Mohd Yusof : Lelaki atau perempuan?
Saiful : Lelaki
Sambung baca...

Anwar Ibrahim Sebagai Presiden Negara Malaysia

Negara kita bakal menjadi negara republik sekiranya jatuh ke tangan
Anwar dan sistem demokrasi di negara semestinya akan berubah mengikut acuan
'Presiden Anwar Ibrahim'.

Itulah sebenarnya maksud yang tersirat dan jangka panjang yang dirancang
rapi oleh Anwar dan konco konconya dalam Pakatan Rakyat. Apabila ini
terjadi, barulah rakyat sedar akan kesilapan yang dilakukan  namun ketika
itu sudah terlambat untuk berpatah balik.


Jika diteliti secara mendalam apa yang terkandung di dalam buku jingga 
jongang PR dalam pelan 100 hari pemerintahan, negara kita akan berdepan
dengan masalah kritikal terutama melibatkan kemampuan kewangan negara.


Pada masa itu, defisit negara berlipat kali ganda meningkat dan negara
terpaksa dibebani hutang yang tinggi. Jalan mudah untuk mengatasinya,
Presiden Anwar sekali lagi akan beralih kepada antarabangsa untuk
mendapatkan bantuan dalam usaha keluar dari kemelut kewangan yang
serius.
Sambung baca...

26 March 2011

Kenapa Wan Azizah Takut Nak Lihat Video Klip Seks Anwar?

Salam..

Bila terbaca segala komen komen dalam blog mahupun website tentang klip video seks
yang didakwa Anwar , ada pro dan kontranya. Kiranya pembaca itu penyokong pembangkang 
sudah tentulah mempertahankan Anwar habis habisan, manakala sekiranya pembaca itu, 
pro kerajaan semestinya mengutuk sekeras-kerasnya  dengan bermacam-macam istilah yang ada diantaranya terlalu jijik untuk didengar.

Yang paling dasyatnya dalam blog papagomo diceritakan satu persatu secara detail adengan seks Anwar dengan pelacur cina dari A sampai Z sepertimana dalam sebuah buku cerita seks sehingga menimbulkan pelbagai komen yang agak keras dari semua pembaca.

Apa yang menghairankan saya, pada awalnya Dr Wan isteri Anwar dengar cerita nak tengok sendiri video klip berkenaan  bagi menentukan kesahihannya yang mengaitkan pelakon utama adalah suaminya Anwar. Namun, last minit membuat keputusan tidak mahu melihat video itu kerana percaya pelakon utama filem itu bukanlah suaminya.

Sekiranya terbukti Anwar di dalam rakamn video berkenaan, di manakah maruah dr Wan sebagai isteri Anwar yang selama ini dianggap 'Anugerah Tuhan'. Itulah sebabnya bila nak mengeluarkan kata-kata perlu 'fikir semasak-masaknya kerana takut akibatnya memalukan diri sendiri. 
Jika beranggapan Anwar tidak bersalah dan telah difitnah, buatlah sembahyang hajat minta petunjuk daripada Allah tentang perkara sebenar kerana itulah asas kita dijadikan hambaNya supaya menuntut setiap perlakuan, tutur kata dan perilaku  berpaksikan kepada kebijaksanaan akal, bukan nafsu semata-mata.


Walaubagaimanapun, kisah ni agak terhad untuk diperbesarkan kerana sekarang ini kes di bawah bidang kuasa pihak polis dan tidak mahu membuat sebarang andaian dan spekulasi. Biarlah pihak Polis membuat siasatan terlebih dahulu kerana rata rata rakyat di negara ini tidak sabar menunggu situasi sebenar berkaitan video klip tersebut.

Saya percaya isu ini bukan setakat di Malaysia heboh malahan seluruh dunia mungkin sedang mengikutinya bagi mendapatkan gambaran sebenar. 

Dalam dunia moden hari ini yang dilengkapi dengan sistem teknologi terkini serta serba canggih termasuklah dalam bidang kamera digital, tidak mustahil perkara itu berlaku. Malah berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh ketiga tiga Trio,  mengatakan 1000% lebih pelakon utama dalam klip video berkenaan adalah Anwar.

Justeru, kepada semua penyokong-penyokong pembangkang terutamanya PAS dan PKR jangan terlalu mempertahankan Anwar kerana takut individu yang terlibat realitinya Anwar dan tidak perlu menuduh kejadian ini adalah propaganda dan perancangan daripada pihak kerajaan.

Kerajaan belum zalim untuk bertindak sehingga demikian rupa dan kepada penyokong-penyokong pembangkang teutama hardcore Anwar perlu bermuhasabah diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain ' Ibarat Lontar Batu Sembunyi Tangan'.

Selain itu, terdetik di hati saya untuk mendapatkan respon daripada pemimpin kanan pembangkang termasuklah Hj Hadi dan Datuk Nik AZIZ  kerana mereka ini boleh dikatakan sekutu kuat dalam Pakatan Rakyat. Soal DAP tidak perlu diambil kira kerana mereka sebuah parti yang dominan anti kepada Islam walaupun PAS tahu hakikat sebenar.

Apakah Nik Aziz dan Hj Hadi tidak mahu mengeluarkan sebarang komen berhubung isu ini?? dan apakah PAS sudah tahu sifat sebenar Anwar yang didakwa telah difitnah bertubi-tubi oleh kerajaan?

Jadi kepada semua pendokong dan penyokong PAS/PKR, diharap memberi idea dan cadangan kepada Tok Guru supaya bangkit mempertahankan Anwar. Namun, sekiranya yang mereka pertahankan itu benar benar terlibat, maka penulis beranggapan mereka ini termasuk dalam golongan yang 'fasik' kerana tahu perlakuan mungkar tetapi berdiam diri atas sebab takut kehilangan pengaruh.

Wasalam.






Sambung baca...

25 March 2011

Pemikiran DAP Dalam Jiwa Nizar Jamaluddin


Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang merupakan AP Bukit Gantang sehingga kini  masih mengaggap dirinya sebagai MB Perak pernah membuat kenyataan yang menggemparkan dan mempersoalkan prisnsip pejuangan PAS selama ini yang bercita-cita untuk menubuhkan Negara Islam.

Apa yang beliau perkatakan tentang penubuhan sebuah Negara Ialam tidak pernah diwartakan samada dalam memorandum mahupun perlembangaan PAS.

Perkara ini amat pelik kerana umum mengetahui bahawa PAS sangat teruja untuk menubuhkan Negara Islam di Negara ini. Selama berpuluh-puluh tahun PAS berjuang sememangnya itulah yang menjadi intipati perjuangan PAS dalam usaha menarik sokongan rakyat untuk bersama-sama berjuang dengan PAS yang disifatkan mempunyai ideologi Islam tulen.

Tetapi sebenarnya PAS telah menipu sebahagian lapisan masyarakat dengan bermodalkan perjuangan yang kononnya berlandaskan prinsip Islam.

Parti PAS sebenarnya telah berjaya melakukan kerosakan dalam pemikiran rakyat di Negara ini secara seruis dengan menyalurkan anasir-anasir jahat kononnya menjadi prinsip perjuangan sedangkan hakikatnya di dalam roh pemimpin – pemimpin PAS dipenuhi nasfsu jahat untuk mempengaruhi pemikiran rakyat di Negara ini.

Sebelum ini ramai yang bercakap bahawa PAS telah menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR dalam perjuangannya dan realitinya adalah begitu sejak ketiga-tiga parti mengistiharkan bergabung membentuk satu pakatan yang digelar Pakatan Rakyat.

PAS sanggup menggadai maruahnya sendiri demi mencapai cita-cita dalam usaha menakluk kuasa pemerintahan walhal mereka tidak berupaya untuk mentadbir Negara ini secara bijaksana dan ini terbukti di negeri Kelantan. Sejak bertahun tahun dan beberapa penggal memerintah, bermula pada tahun 1990, PAS memerintah di negeri itu, sehingga kini apakah perubahan yang mereka bawa untuk manfaat rakyat Kelantan?. Adakah rakyat Kelantan amat berpuas hati dengan tahap kemudahan bekalan air bersih? Sistem jalanraya?. Pada hemat saya, negeri ini masih jauh ketinggalan berbanding dengan negeri negeri lain di semenanjung dari segi penyediaan kemudahan infrasktrukur kepada rakyat.

Malahan, mereka mendabik dada selama ini bahawa PAS merupakan parti yang jauh lebih Islam berbanding dengan UMNO yang disifatkannya sebagai parti sekular dan mengamalkan kronisme dalam pemerintahan.

Adakah PAS akan terus kekal bersama DAP dan PKR? Tepuk dada Tanya naluri masing-masing kerana yang jelas nikmat keamanan, kesejahteraan sejagat antara kaum di Negara ini adalah hasil usaha gigih dan percangangan tersusun daripada pemimpin UMNO dan BN.

Wassalam.
Sambung baca...

24 March 2011

Rahim Tamby Chik pula didakwa Cuba Merasuah???

Bila dah terdesak macam macam cerita akan direka oleh pembangkang untuk menutup keaiban diri sendiri. Seperti kes AP Sungai Petani yang mendakwa kononnya ingin dirasuah oleh Tan Sri RAHIM berhubung isu video klip seks seorang pemimpin pembangkang.

Saya percaya hari ini ramai yang tidak berpuas hati tentang pendedahan ini dandapat cerita ada yang berdoa supaya dilaknat ketiga tiga yang menggelarkan diri mereka Datuk 'T'.

Apapun, nasib tidak menyebelahi mereka terutama PAS, dan PKR yang sentiasa berdoa untuk membinasakan pemimpin UMNO tetapi akhirnya kena pada batang hidung sendiri. Satu persatu timbul pelbagai isu yang jelasnya isu  melibatkan soal  maruah seorang pemimpin.

Tak ke bodoh namanya tu!!!

Allah maha kaya dan adil kepada hambanya, dan setiap kelakuan buruk dan bermuka muka  dengan menggunakan ayat suci Quran bagi tujuan mendapatkan kuasa dan kepentingan peribadi, isnsyaAllah akan di tunjukkan siapa yang benar dan salah???

Si ahli PAS dan PKR ni asyik mendakwa perkara ini sebagai sandiwara dan komplot yang dicetuskan oleh pemimpin UMNO. Cuba sedar diri dan muhasabah apa yang kita buat selama ini betul betul mengikut kehendak Allah SWT atau tidak?? Atau cuba meraih simpati rakyat??

Memang kena bertaubatla puak puak yang masih tidak dapat menerima ketentuan Allah di atas setiap perkara yang berlaku..

Amien..

Sambung baca...

23 March 2011

Ucapan 'bodoh' Ketua Sri Kandi PKR Pusat

Salam..


Saya mendapat maklum semasa ceramah PR yang diadakan pada 23 MAC 2011 di Bagan Datoh, salah seroang penceramah jemputan yang diundang adalah Ketua Serikandi PKR Pusat iaitu Siti Aishah. Satu ucapan yang sememangnya bodoh telah dikeluarkan oleh CT ni mendakwa isu DNA yang dihebohkan selama ini adalah sandiwara daripada pihak Polis.




Apa yang mahkamah dan pihak pendakwaan inginkan adalah padanan DNA yang ada pada dubur Saiful bukannya AIR MANI si anwar peliwat tu. Untuk mendapatkan padanan DNA ini boleh diperolehi daripada beberapa sampel seperti bulu roma, rambut, air liar dan lain lain yang terdapat pada badan Anwar. Bukannya AIR MANI . Memang sangap betul si Ketua Serikandi PKR ni tak taula macamana boleh dilantik menjadi Ketua Serikandi tu. 


Kalau saya lebih baik lantik budak sekolah lagi baik sebab mudah faham daripada melantik orang yang jenis payah nak faham istilah paling mudah digunapakai oleh mahkamah.

Ada ke patut kisah Anwar ni merupakan satu lagi sandiwara oleh pihak polis dan pihak pihak pakar yang membuat keputusan DNA pada dubur Saiful  adalah milik lelaki 'Y' disifatkan oleh Aishah sebagai hamba suruhan kerajaan. Malah cuba memutarbelitkan fakta yang kononnya pihak Polis merancang meletakkan tiub lain dalam dubur Saiful bagi mengesahkan liwat


Memang jenis tak pandai nak menilik kesilapan dan kelemahan diri sendiri puak juak PKR haprak ni.
          Wasallam.
Sambung baca...

21 March 2011

Video Seks Anwar dengan Gadis Cina???

Cerita pasal Anwar ni aku pun tak tahan la asyik dok glamour jer dia ni berbanding dengan orang lain, terbaru kecoh pula cakap pasal hubungan seks anwar dengan gadis cina ball di sebuah hotel di kuala lumpur beberapa bulan yang lalu. Bagi aku, senag jer memang jenis lelaki macam anwar ni ni nafsu dia besar tak kira dia tu lelaki atau pompuan janji puas yopp.

Aku dah dapat inform yang video si anwar melakukan seks dengan gadis cina akan di pasarkan di pasaran tak lama lagi, nasibla citer Merong Mahawangsa dah ditayangkan di pawagam, kalau tak habisla citer tu coz ramai orang akan berpusu pusus di panggung wayang nak tgok citer seks anwar . Malaysia kini pun satu hal kalau orang dia kena, senyap jer buat taj tau nak tutup aib sedangkan memang orang tu dah buat, tapi kalau pemimpin BN yang kena, seantero dunia akan disebarkan kononnya pemimpin bn terlibat dengan skandal dan moral.

Dengar citer banyak minit gak la video seks itu dirakam dan boleh di buat koleksi bagi sesiapa yang berminat sebab nak dapat peluang macam ni bukannya senang yopp bertahun tahun mengembara baru dapat satu, yang paling uhmm lagi tu.

Jadi disini aku nak bagitau , korang pemimpin PR tak payah nak berlagak alim dan baik sangat sebab apa yang korang buat tu, Tuhan nampak dan tunggu masa je nak pecah tembelang. Samala dengan pemimpin PAS yang lain  yang selama ini dok berlagak alim pandai baca Quran tapi akhlak macam hampas kelapa, bagi makan kat ayam di ladang.  
Sambung baca...