20 September 2011

Manoharan tidak layak berada di Malaysia

Wanita Umno menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana menghina Jalur Gemilang. Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamila Ibrahim berkata, Manoharan tidak layak berkhidmat sebagai wakil rakyat kerana beliau bertindak memperlekehkan kedaulatan negara.

"Jalur Gemilang adalah simbol negara dan kedaulatan. Menghina dan mengabaikan ia sama seperti satu pengkhianatan," katanya di sini, Isnin.

Katanya lagi, individu yang tidak tahu erti negara bangsa, kedaulatan dan prinsip-prinsip demokrasi tidak layak untuk menjadi ahli politik dan mewakili rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan kontroversi Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya pembangkang berkuasa selepas pilihan raya akan datang sepertimana yang beliau muatnaikkan dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Malah beliau turut mengutuk tindakan Manoharan yang mengabaikan Jalur Gemilang dengan mengedarkan bendera DAP pada Hari Malaysia dan sambutan hari kemerdekaan.

Walaupun Manoharan telah menyatakan permohonan maaf, Kamilia berkata tindakan tegas tetap perlu diambil terhadap pemimpin pembangkang itu.

"Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Kenapa kita mesti melayan orang yang tidak mengiktiraf negara sendiri," katanya.

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment