Bila terbaca segala komen komen dalam blog mahupun website tentang klip video seks
yang didakwa Anwar , ada pro dan kontranya. Kiranya pembaca itu penyokong pembangkang
sudah tentulah mempertahankan Anwar habis habisan, manakala sekiranya pembaca itu,
pro kerajaan semestinya mengutuk sekeras-kerasnya dengan bermacam-macam istilah yang ada diantaranya terlalu jijik untuk didengar.
Yang paling dasyatnya dalam blog papagomo diceritakan satu persatu secara detail adengan seks Anwar dengan pelacur cina dari A sampai Z sepertimana dalam sebuah buku cerita seks sehingga menimbulkan pelbagai komen yang agak keras dari semua pembaca.
Apa yang menghairankan saya, pada awalnya Dr Wan isteri Anwar dengar cerita nak tengok sendiri video klip berkenaan bagi menentukan kesahihannya yang mengaitkan pelakon utama adalah suaminya Anwar. Namun, last minit membuat keputusan tidak mahu melihat video itu kerana percaya pelakon utama filem itu bukanlah suaminya.
Sekiranya terbukti Anwar di dalam rakamn video berkenaan, di manakah maruah dr Wan sebagai isteri Anwar yang selama ini dianggap 'Anugerah Tuhan'. Itulah sebabnya bila nak mengeluarkan kata-kata perlu 'fikir semasak-masaknya kerana takut akibatnya memalukan diri sendiri.
Jika beranggapan Anwar tidak bersalah dan telah difitnah, buatlah sembahyang hajat minta petunjuk daripada Allah tentang perkara sebenar kerana itulah asas kita dijadikan hambaNya supaya menuntut setiap perlakuan, tutur kata dan perilaku berpaksikan kepada kebijaksanaan akal, bukan nafsu semata-mata.
Walaubagaimanapun, kisah ni agak terhad untuk diperbesarkan kerana sekarang ini kes di bawah bidang kuasa pihak polis dan tidak mahu membuat sebarang andaian dan spekulasi. Biarlah pihak Polis membuat siasatan terlebih dahulu kerana rata rata rakyat di negara ini tidak sabar menunggu situasi sebenar berkaitan video klip tersebut.
Saya percaya isu ini bukan setakat di Malaysia heboh malahan seluruh dunia mungkin sedang mengikutinya bagi mendapatkan gambaran sebenar.
Dalam dunia moden hari ini yang dilengkapi dengan sistem teknologi terkini serta serba canggih termasuklah dalam bidang kamera digital, tidak mustahil perkara itu berlaku. Malah berdasarkan pengakuan yang dibuat oleh ketiga tiga Trio, mengatakan 1000% lebih pelakon utama dalam klip video berkenaan adalah Anwar.
Justeru, kepada semua penyokong-penyokong pembangkang terutamanya PAS dan PKR jangan terlalu mempertahankan Anwar kerana takut individu yang terlibat realitinya Anwar dan tidak perlu menuduh kejadian ini adalah propaganda dan perancangan daripada pihak kerajaan.
Kerajaan belum zalim untuk bertindak sehingga demikian rupa dan kepada penyokong-penyokong pembangkang teutama hardcore Anwar perlu bermuhasabah diri terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain ' Ibarat Lontar Batu Sembunyi Tangan'.
Selain itu, terdetik di hati saya untuk mendapatkan respon daripada pemimpin kanan pembangkang termasuklah Hj Hadi dan Datuk Nik AZIZ kerana mereka ini boleh dikatakan sekutu kuat dalam Pakatan Rakyat. Soal DAP tidak perlu diambil kira kerana mereka sebuah parti yang dominan anti kepada Islam walaupun PAS tahu hakikat sebenar.
Apakah Nik Aziz dan Hj Hadi tidak mahu mengeluarkan sebarang komen berhubung isu ini?? dan apakah PAS sudah tahu sifat sebenar Anwar yang didakwa telah difitnah bertubi-tubi oleh kerajaan?
Jadi kepada semua pendokong dan penyokong PAS/PKR, diharap memberi idea dan cadangan kepada Tok Guru supaya bangkit mempertahankan Anwar. Namun, sekiranya yang mereka pertahankan itu benar benar terlibat, maka penulis beranggapan mereka ini termasuk dalam golongan yang 'fasik' kerana tahu perlakuan mungkar tetapi berdiam diri atas sebab takut kehilangan pengaruh.
Wasalam.
Erm... Tepuk dada tanya iman.... Kalau pelakon itu benar2 suami wan azizah..bertaubatlah.. Kalau bukan dan ada yang cuba fitnah..bertaubatlah orang yang cuma memfitnah itu.. Semoga Allah memberi kita semua petunjuk ... Amin
ReplyDeleteMemang pun begitu,tapi jangan lah awalnya minta beria ia sangat dan kata belum terima lagi. Nah sekarang minta secara rasmi dgn pihak berwajib dan tengoklah dalam apa aspek pun.Jagan dan dan tak nak tengok pula.Oh Azizahhhh.
ReplyDeleteSokong siasatan Diraja.PERAK
Semua orang nak sokong ulamak tetap kalau ulamak yang bersekongkol dengan orang orang yang fasik dan mempergunakan ayat suci Al Quran demi mendapatkan kuasa buat apa??
ReplyDeleteANTI FASIK)