15 September 2011

PAS disaman RM10 juta oleh UMNO Selangor

UMNO Selangor hari ini menyaman Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi bagi menuntut ganti rugi RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah parti itu dalam satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Harakah edisi 19-21 Ogos lalu.


Saman itu difailkan oleh Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor melalui firma guaman Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 11.50 pagi.

Beliau selaku plaintif menamakan Mustafa sebagai defendan pertama, manakala Presiden serta Timbalan Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu sebagai defendan kedua dan ketiga. Berita selanjutnya klik DISINI.

-Utusan Malaysia

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment