25 March 2011

Pemikiran DAP Dalam Jiwa Nizar Jamaluddin


Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang merupakan AP Bukit Gantang sehingga kini  masih mengaggap dirinya sebagai MB Perak pernah membuat kenyataan yang menggemparkan dan mempersoalkan prisnsip pejuangan PAS selama ini yang bercita-cita untuk menubuhkan Negara Islam.

Apa yang beliau perkatakan tentang penubuhan sebuah Negara Ialam tidak pernah diwartakan samada dalam memorandum mahupun perlembangaan PAS.

Perkara ini amat pelik kerana umum mengetahui bahawa PAS sangat teruja untuk menubuhkan Negara Islam di Negara ini. Selama berpuluh-puluh tahun PAS berjuang sememangnya itulah yang menjadi intipati perjuangan PAS dalam usaha menarik sokongan rakyat untuk bersama-sama berjuang dengan PAS yang disifatkan mempunyai ideologi Islam tulen.

Tetapi sebenarnya PAS telah menipu sebahagian lapisan masyarakat dengan bermodalkan perjuangan yang kononnya berlandaskan prinsip Islam.

Parti PAS sebenarnya telah berjaya melakukan kerosakan dalam pemikiran rakyat di Negara ini secara seruis dengan menyalurkan anasir-anasir jahat kononnya menjadi prinsip perjuangan sedangkan hakikatnya di dalam roh pemimpin – pemimpin PAS dipenuhi nasfsu jahat untuk mempengaruhi pemikiran rakyat di Negara ini.

Sebelum ini ramai yang bercakap bahawa PAS telah menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR dalam perjuangannya dan realitinya adalah begitu sejak ketiga-tiga parti mengistiharkan bergabung membentuk satu pakatan yang digelar Pakatan Rakyat.

PAS sanggup menggadai maruahnya sendiri demi mencapai cita-cita dalam usaha menakluk kuasa pemerintahan walhal mereka tidak berupaya untuk mentadbir Negara ini secara bijaksana dan ini terbukti di negeri Kelantan. Sejak bertahun tahun dan beberapa penggal memerintah, bermula pada tahun 1990, PAS memerintah di negeri itu, sehingga kini apakah perubahan yang mereka bawa untuk manfaat rakyat Kelantan?. Adakah rakyat Kelantan amat berpuas hati dengan tahap kemudahan bekalan air bersih? Sistem jalanraya?. Pada hemat saya, negeri ini masih jauh ketinggalan berbanding dengan negeri negeri lain di semenanjung dari segi penyediaan kemudahan infrasktrukur kepada rakyat.

Malahan, mereka mendabik dada selama ini bahawa PAS merupakan parti yang jauh lebih Islam berbanding dengan UMNO yang disifatkannya sebagai parti sekular dan mengamalkan kronisme dalam pemerintahan.

Adakah PAS akan terus kekal bersama DAP dan PKR? Tepuk dada Tanya naluri masing-masing kerana yang jelas nikmat keamanan, kesejahteraan sejagat antara kaum di Negara ini adalah hasil usaha gigih dan percangangan tersusun daripada pemimpin UMNO dan BN.

Wassalam.

Artikel berkait

1 comment:

  1. banyak songehla nik ajis ni

    tak reti nak merintah

    kemuadia berdendam dengan umno.

    ReplyDelete