08 September 2011

SPR : Kabinet lulus penggunanan dakwat kekal

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan bahawa pihak Kabinet telah meluluskan penggunaan dakwat kekal pada PRU 13 kelak.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat Perdana Menteri berkenaan hal tersebut.


Malah salah seorang anggota Kabinet, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sendiri tidak tahu menahu malah tidak langsung dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Laporan akhbar tersebut turut menyebut kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Sumber : KL Post

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment