23 September 2011

Pakatan Rakyat akhirnya setuju menyertai Jawatakuasa Pembaharuan Pilihanraya

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat akhirnya bersetuju menyertai jawatankuasa terpilih parlimen bersama dengan kerajaan untuk pembaharuan pilihan raya negara ini.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedia menghantar wakil daripada setiap parti komponen PR untuk menyertai jawatankuasa tersebut.


“Kita akan minta wakil tersebut membawa mandat rakyat yang dicetuskan oleh Bersih 2.0 untuk mengadakan proses (pembaharuan) pilihan raya yang bersih.

“Ini kerana kita berharap jawatankuasa ini bukan helah untuk melambatkan pembaharuan dan pilihan raya diadakan sebelum jawatankuasa ini bertindak,” katanya dalam kepada pemberita d:i sini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat semalam.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sehingga kini belum mendapat sebarang maklumat mengenai pembentukan jawatankuasa tersebut yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen 3 Oktober depan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan terbuka dengan memberi kerjasama penuh untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

“Kita beri peluang kepada kerajaan sama ada ini hanya taktik atau mereka benar-benar serius atau sebaliknya untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya.

Selain itu, beliau turut mengulas rundingan kerusi antara parti komponen PR untuk pilihan raya umum akan datang yang mana setiap negeri diminta mencadangkan nama calon untuk diserahkan kepada peringkat Pusat sehingga akhir bulan ini.

“Tidak benar dakwaan bahawa rundingan (kerusi) gagal kerana perbezaan pendapat sering berlaku dan ini akan ditangani oleh parti di setiap negeri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafar Ali berkata, sebahagian negeri telah mengemukakan nama kepada peringkat Pusat.

“Insya-Allah cadangan mengenai nama tersebut akan selesai dalam tempoh yang kita ditetapkan.

“Sekiranya ada pertindihan nama, Pusat akan menyelesaikan perkara tersebut,” katanya.

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment