14 September 2011

Cara mudah menghilangkan dakwat kekal

Sebuah firma antarabangsa yang mengkhusus dalam sistem keselamatan cap jari mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa dakwat kekal akan digunakan oleh pengundi boleh dihilangkan dengan mudah menggunakan pelarut biasa.

Menurut syarikat yang berpangakalan di Eropah, dengan pegalaman lebih 25 tahun di lebih 40 buah negara telah menjalankan ujian dengan menggunakan dakwat berkenaan dan hasil penemuaan tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa.


Dalam satu demonstrasi kepada The Star, telah ditunjukkan bagaimana dakwat kekal yang dicelup pada jari telunjuk dapat dihilangkan dengan mudah dalam tempoh beberapa minit sahaja dengan menggunakan pelarut biasa yang boleh didapati di kedai menjual barang perkakasan.

Menurut jurucakap syarikat berkenaan, pelarut tersebut merupakan barang kawalan kerana ia mengandungi argentum nitrat dan tidak boleh dijual secara terbuka di pasaran.

Kontroversi penggunaan dakwat kekal bukanlah perkara baru apabila penggunaannya turut dipersoalkan pada pilihan raya Presiden Afghanistan pada 2004 dan pilihan raya Palestin pada 2005.

Selebihnya Baca DISINI.

- MStar Online

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment