10 May 2011

Tengku Adnan Bidas Anwar Panggil PM Dengan Nama Haiwan

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas sikap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan panggilan nama sejenis haiwan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata sebagai manusia biasa yang waras tidak sepatutnya menggunakan panggilan seumpama itu kepada mana-mana individu sekalipun.

“Saya hairan kenapa beliau (Anwar) menggunakan perkataan itu, saya tak faham kenapa dia guna perkataan sedemikian rupa,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah media online yang mendakwa Anwar membuat kenyataan itu di sebuah ceramah di Klang, semalam.

Tengku Adnan berkata beliau amat kecewa dengan sikap Anwar yang tidak rasional menilai kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.

Tengku Adnan berkata Najib melakukan sedaya upaya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bukan sahaja untuk kaum Melayu tetapi juga bagi kaum kaum lain.

– BERNAMA

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment