16 March 2011

Datin Seri Rosmah Mansor Tak Payah Minta Tetapi PKR yang perlu Minta Maaf Pada Jepun

Salam....Kenyataan YB Zuraidah yang juga Ketua Wanita PKR Pusat yang mendesak Datin Seri Rosmah Mansor , isteri Perdana Menteri supaya meminta maaf kepada rakyat Jepun berhubung dakwaanya bahawa Datin Rosmah telah membuat kenyataan yang telah menyinggung perasaan rakyat Jepun berkenaan kejadian tsunami adalah sesuatu kenyataan yang terdesak. Sepatutunya Zuraidah yang perlu meminta maaf kepada rakyat Jepun kerana pandai mereka reka cerita serta bijak memutarbelikan fakta. Saya percaya bahawa Datin Seri Rosmah bukan berbiat untuk membuat kenyataan bahawa Kerajaan Jepun tidak pandai menguruskan alam sekitar sehingga terjadinya kejadian tsunami yang begitu menyayat hati. 
 
Semua dunia bersimpati dengan kejadian yang berlaku di Jepun malah kerajaan kita telah berusaha sedaya upaya menghulurkan bantuan kepada negara Jepun melalui penghantaran pasukan Smart Malaysia. 
Adakah YB ZURAIDAH tidak tahu perkara ini ataupun sengaja tidak mahu mengeluarkan kenyataan kerana takut kenyataan ampunnya itu akan memakan dirinya sendiri???. Apa yang kerajaan buat untuk kebaikan semuanya tidak kena dan telah diputar belitkan oleh puak puak PKR dan tidak dihargai malah mengutuk dengan sekeras kerasnya. Memang dasar pemimpin pemimpin PKR yang ada hari ni masing masing berhati batu dan tidak pandai bersyukur di atas nikmat keamanan yang terjalin selama ini. Untuk itu, saya turut menyediakan video kenyataan wanita ini yang dibuat di lobi parlimen untuk tatapan dan renungan bersama. Wasallam. (Simpati dengan rakyat Jepun )



Artikel berkait

No comments:

Post a Comment