20 March 2011

Konvensyen BN Negeri Perak 2011

BN Negeri Perak telah berjaya mengadakan Konvensyen Negeri bagi tahun 2011 yang diadakan pada 19 Mac 2011 bertempat di Dewan Tan Sri Ramli Ngh Talib, Marin Island, Lumut. Konvensyen BN negeri ini merupakan julung kali diadakan dan berjaya mencapai sasaran kehadiran seramai 2,167 peserta dari setiap ahli parti komponen. Antara tokoh yang hadir ialah :
1) Dato Seri Dr Zambry bin Abd Kadir
2) Datuk Seri Chua Soi Lek
3) Dato Seri Samy Vellu
4) Tan Sri Seri Rafidah Aziz 
5) Datuk R Sevasinggam
6) Tun Dr Lim King Yeik
7) Datuk M Kaveas
8) Datuk Seri Husni Hanadzlah
Konvenseyen ini dilihat salah satu inisiatif yang diilhamkan oleh Pengerusi BN Negeri Perak dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi barisan barisan parti komponen untuk menghadapi PRU-13 yang akan datang. Saya diberitahu bahawa kehadiran ahli dari kalangan kaum Cina dan India sungguh memuaskan secara tidak langsung menagkis dakwaan pembangkang bahawa kaum Cina dan India lagi lagi berpihak kepada kerajaan.









Artikel berkait

No comments:

Post a Comment