08 May 2011

Pendidikan perkara asas kata TPM Sempena Lawatan ke Perak..!

Satu lagi usaha kerajaan dalam memartabatkan sistem pendidikan sekolah menengah di negara ini. Terbaru, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan kelulusan peruntukkan RM 300 ribu kepada SMK Tun Abdul Razak, Selekoh dimana ia diharap dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata aspek pendidikan menjadi keutamaan kerajaan selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, dalam merealisasikan NKRA pendidikan itu, kementerian akan memastikan aspek pengetahuan guru selain kemahiran dalam penyampaian dan pengajaran yang diberikan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Inilah yang menjadi aspirasi NKRA Pendidikan dimana untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan khususnya di kawasan luar bandar supaya secara tidak langsung kita dapat merapatkan jurang pencapaian.

“Bertepatan dengan gagasan 1Malaysia… tiada pihak atau kumpulan yang dipinggirkan… kita akan berusaha menyediakan peluang pengajaran dan pembelajaran yang sama rata kepada semua dengan menyediakan prasarana yang bersesuaian mengikut kemampuan kewangan kerajaan.


Tambah beliau lagi, tahun ini sahaja lebih RM 29.3 billion telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran bagi perbelanjaan pengoperasian.

Selain itu, RM 6.4 lagi diperuntukkan bagi tujuan pembangunan prasarana di sekolah-sekolah di seluruh negara.

“Ini adalah bukti kepada keseriusan kerajaan BN dalam memastikan setiap rakyat di negara ini mendapat pendidikan yang terbaik dan dilengkapi dengan sistem-sistem terbaru.

“Kita mahu aspek pendidikan menjadi keutamaan rakyat kerana ia sekaligus akan dapat menjadikan rakyat di negara kita berilmu dan berpendidikan tinggi.

Muhyiddin berkata demikian selepas merasmikan Dewan Terbuka Tun Abdul Razak dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 3K di SMK Tun Abdul Razak Selekoh.

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment