16 March 2011

Umi Hafilda cabar Baginda Minda Membuktikan Dakwaannya

Salam untuk semua, saya tertarik dengan cerita terbaru berkenaan rintihan Umi Hafilda Ali yang merupakan wanita paling berani mendedahkan kegiatan seks songsang Anwar Ibrahim kepada umum. Secara peribadi, saya memang tabik kepada Umi yang sangup membuat pendedahan berani bagi mencari kebenaran dan keadilan untuk rakyat. Dalam Utusan Malaysia bertarikh 16 MAC 2011 ada menyelitkan kenyataan Umi yang menafikan sekeras kerasnya skandal beliau dengan Baginda Minda yang kononnya berlaku di London satu ketika dahulu. 
Bagi saya, apa yang digembar gemburkan oleh media pembangkang itu hanyalah satu ugutan kepada Umi yang dilihat terlalu lantang untuk mendedahkan aktiviti tidak bermoral Anwar yang selama ini ditutup oleh kroni kroni busuk Anwar yang berkepentingan. Sekiranya mereka betul , silakan buat laporan Polis untuk disiasat siapakah yang berada di landasan yang betul samada Baginda Minda ataupun Umi Hafilda???. Nampak sangat bahawa pembangkang ni terutama koloni koloni PKR ataupun Parti Kencing Rakyat hari ini sudah ketandusan idea untuk mencari kesalahan kerajaan. Saya pun bukan kenal siapa Baginda Minda ni?? .Namun begitu, sekiranya betul silakan kedepan bersemuka bagi mencari kebenaran mutlak demi kebaikan semua pihak. Dalam masa yang sama ita akan melihat siapakah sebenarnya Anwar yang selama ini bertopengkan manusia untuk mendapatkan kuasa yang sememangnya tidak akan di miliki oleh beliau.Sementara itu, saya merasa hairan kenapa masih ramai sangat yang mempertahankan Anwar hari ini sedangkan  kenyataannya seudah ramai pengikut pengikut setia dengan beliau sudah berundur malah mengutuk secara lantang dalam media media tentang ketidakadilan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Wasalam.

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment