15 March 2011

Mazlan Aliman yang Tak Alim dan Tak Beriman (ALIMAN)

Salam untuk semua..adakah saudara pernah mendengar MAZLAN ALIMAN menyampaikan ucapan dalam ceramah??Individu ini boleh juga dianggap MAZLAN Tak Alim dan Tak Beriman (ALIMAN)  kerana seringkali berucap dalam ceramah mengutuk, mencaci, memfitnah dan lain lain dan baru baru ini  saya berkesempatan hadir mencelah ceramah si mazlan ni di salah sebuah daerah di negeri Perak. Beberapa isu yang dibangkitkan dalam ceramah beliau boleh disifatkan sebagai fitnah kerana didedahkan tanpa bukti yang kukuh serta fakta yang betul. 
 
Maafla sekiranya tulisan saya ini agak pedas tetapi ianya sekadar memberi kesedaran kepada kita semua bahawa inilah sifat sebenar pemimpin yang selama ini kononnya berteraskan kepada Islam yang sebenar. Kalau saudara nak tau beberapa isu yang dikupas oleh si Mazlan ini antaranya , mendakwa kerajaan Malaysia telah membelanjakan  RM3 bilion untuk membeli setiap satu kapal selam , KD Tengku dan KD Tun Razak sedangkan apa yang saya perolehi daripada kenalan saya yang merupakan Pegawai TLDM bahawa harga sebenar kapal selam tersebut lebih kurang RM 1 bilion sahaja. 
 
Selain itu, turut menggelar isteri PM sebagai fisrt Lady yang suka berbelanja di luar negara menggunakan duit rakyat dan disifatkan sama seperti isteri Hosni Mubarak, isteri bekas  Presiden Flipina, MARCOS dan isteri Perdana Menteri Tunisia. Aduii..boleh dikatakan dia ini semua tahu tentang pergerakan pemimpin BN di negara ini. 

Sementara itu isu berkaitan dengan anak anak peneroka FELDA juga disentuh yang mana mendakwa bahawa kerajaan tidak mengambil peduli tentang kebajikan anak anak peneroka sedangkan jika diamati selama ini anak anak peneroka tidak pernah tercicir dalam semua aspek termasuk dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial sama seperti generasi muda lain yang berada di kawasan bandar. Justeru itu, marilah  kita sama sama menilai sendiri kenyataan MAZLAN yang tak alim dan beriman ini mengenai FELDA Plantation yang dianggapnya sebagai 'anak haram'FELDA..
 
 

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment