16 March 2011

Kenapa Anwar Begitu Takut Menyerahkan DNA

Salam kepada semua rakyat Malaysia...Hari ini menjadi panas di negara ini dalam isu berkaitan keengganan Anwar Ibrahim untuk menyerahkan sampel DNA menyelesaikan misteri siapakah lelaki 'Y' yang telah dipadankan dengan DNA pada dubur Saiful Bukhari. Ramai yang berarak di seluruh negara dengan mengadakan demostrasi aman mendesak si Anwar peliwat menyerahkan sampel DAN kepada mahkamah supaya dapat menyelesaikan kes ini dengan kadar segera. Saya agak terpanggil untuk mengupas isu ini kerana saban hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan sudah setahun lebih Saiful Bukhari mengharapkan kes ini diselesaikan dan berharap Anwar segera disabitkan kesalahan 'meliwat'. 

Dalam hal ini, saya juga terkilan dengan sikap Anwar yang sentiasa berdolak dalih untuk bekerjasama dengan pihak yang berkenaan terutama sekali pihak Polis yang sekian lama menyediakan kertas siasatan untuk medakwa si peliwat yang bacul ini. Sekiranya Anwar merasakan dirinya bukan peliwat, kenapa perlu takut untuk menyerahkan sampel DNA kepada pihak polis bagi menyelesaikan kes ??? Kenapa bermacam macam alasan yang diberikan kepada media media mempertahankan dirinya telah dianiayai oleh pihak kerajaan sedangkan negara ini ada undang-undang. Apakah Anwar tidak memikirkan soal maruah dan kredibiliti orang lain yang juga mempunyai hak dalam negara ini untuk membuktikan yang dirinya berhak mendapat perlindungan yang sewajarnya??. 

Boleh dikatakan diseluruh negara mengadakan perhimpunan untuk mendesak si Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah bagi memastikan kelancaran proses keadilan di mahkamah. Namun, amat mengecewakan apabilan si Anwar sehingga kini mengambil pendirian hanya berdiam diri langsung tidak mengambil kira kepentingan umum. Beliau sepatutnya berani berdepan dengan masalah ini seperti kata pepatah ' Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah'.

Sementara itu, saya juga terpanggil untuk melabelkan Anwar ini sebagai pengkianat kepada bangsa, agama dan tanahair. Manakan tidaknya, beliau lebih rela bersama sama dengan pemimpin pemimpin DAP yang kita sudah sedia maklum sebuah parti yang mempunyai sentimen perkauman. Sebagai contoh apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini yang mana telah menidakkan orang orang Melayu dalam pentadbirannya.

Lambat laun kebenaran akan terbongkar siapakah sebenarnya lelaki 'Y' yang dimaksudkan oleh pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar Ibrahim kerana banyak mana pun temberang kita kat dunia ini pasti akan ditunjukkan kebenarannya oleh Tuhan Yang Maha Esa. Selain itu, saya berharap Saiful bertawakal kepada Allah dan kalau boleh selalu bersolat hajat dan istikarah memohon kepada Allah memberi petunjuk dan hidayah agar kebenaran dapat di tegakkan akhirnya. ( ANTI TEMBERANG )

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment