05 November 2011

Isu pencerobohan hutan di Perak mendapat perhatian PAC

IPOH, 5 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak akan mendapatkan penjelasan Jabatan Perhutanan Negeri Perak berhubung isu penerokaan dan pencerobohan haram hutan-hutan simpan, kata Pengerusinya Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata penjelasan tersebut akan merangkumi seluruh kawasan hutan negeri dan tidak sahaja memfokuskan soal pencerobohan Hutan Simpan Chikus yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Kita akan meminta penjelasan daripada Jabatan Perhutanan mengenai punca masalah ini...adakah berpunca akibat kecuaian ataupun kekurangan kakitangan jabatan menyebabkan berlakunya penerokaan haram.

"PAC juga mahu mendengar bentuk tindakan yang akan diambil bagi mengelak perkara ini berulang dan menyebabkan kerugian kepada negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubu Gajah, berkata pihaknya akan mendapatkan jumlah sebenar kawasan hutan simpan di negeri ini dan statistik kawasan yang diteroka secara haram serta maklumat peneroka sama ada individu ataupun syarikat.

Beliau berkata pencerobohan dan penerokaan hutan simpan adalah isu serius kerana implikasinya bukan sahaja merugikan sumber hasil negeri tetapi menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Selebihnya baca DISINI

- Bernama

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment