08 March 2011

BN MENANG BERGANDA


SHAH ALAM - Selepas menang di Galas, Barisan Nasional (BN) mencatatkan hatrik dengan kemenangan berganda di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau semalam.

BN mengekalkan kedua-dua dengan majoriti lebih besar berbanding prestasi di pilihan raya umum tiga tahun lalu, iaitu bertambah 1,489 di Merlimau dan 1,109 di Kerdau.

Di KERDAU, BN memperoleh majoriti 2,724 undi manakala Merlimau merekod­kan kelebihan 3,643 undi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Tarif Abdul Rahman, mengumumkan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon Pas, Hassanuddin Salim mendapat 2,336 undi.

Keputusan berkenaan diumumkan serentak kira-kira jam 8.15 malam.

Di MERLIMAU, calon BN, Roslan Ahmad, 44, bersaing dengan Pas, Yuhaizat Abdullah, 38, mendapat 5,962 undi berbanding 2,319.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR,) Roslan Eusoff di Dewan Paltinum Politeknik Merlimau.

Kemenangan di Merlimau dan Kerdau ini menyak­sikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan DUN Tenang, Johor Januari lalu.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejurus pengumuman berkata, kemenangan tersebut adalah tanggungjawab besar kepada BN yang akan melaksanakan sebaik mungkin amanah rakyat.

“Ini satu lagi petanda yang memberangsangkan terutama kejayaan kedua-dua pilihan raya di Merlimau dan Kerdau dengan peningkatan majoriti mengatasi pilihan raya lalu.

“Kemenangan ini signifikan kerana apa yang diperjuangkan Pas ditolak rakyat termasuk perkara-perkara membabitkan perjuangan rakyat, konsep negara Islam dan tohmahan yang dilemparkan,” katanya.

Menurutnya, pengundi Melayu tidak melihat Pas memperjuangkan nasib mereka tetapi lebih kepada perjuangan parti.

Sementara itu, Roslan menjelaskan kemenangan BN di Merlimau adalah hasil kerja keras semua jentera parti termasuklah sokongan penuh daripada pengundi.

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment