Kita memperingati hampir 3,000 orang tidak bersalah yang kehilangan nyawa pada hari itu di kalangan ratusan rakyat daripada lebih 90 negara lelaki dan wanita, tua dan muda daripada pelbagai kaum dan agama. Pada ulang tahun hiba ini, kami bersama-sama dengan keluarga dan negara mereka memberi penghormatan memperingati mereka.
Kita memperingati dengan penuh penghargaan bagaimana 10 tahun yang lalu dunia bergabung sebagai satu. Bagaimana bandar di seluruh dunia berhenti seketika untuk bertafakur, orang ramai berdoa di gereja, masjid, saumaah dan tempat ibadat lain. Kami di Amerika Syarikat tidak akan lupa bagaimana setiap orang di seluruh dunia berdiri bersama kami dan bersatu memegang lilin yang menyala dan memberikan kalungan bunga yang diletakkan di kedutaan kami. Baca selanjutnya DISINI.
No comments:
Post a Comment