11 September 2011

Jenzah Nurul Atikah selamat dikebumikan

TAIPING: Jenazah Nurul Atiqah Bazilah Samsudin, 14, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang Seberang, Kamunting, di sini, kira-kira jam 12.30 tengahari ini.


Sebelum itu, jenazahnya disembahyangkan di Surau Nurul Jannah Taman Mewah, Fasa 1, Kamunting, iaitu kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Lebih 300 ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung datang menziarah selain beberapa orang kenamaan termasuk ADUN Kamunting, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Nurul Atiqah yang menderita kanser tulang dan pernah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggal dunia pada jam 11.05 malam tadi.

Pada 19 Ogos lalu, Nurul Atikah berpeluang berbual dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menjadi impiannya.

Nurul Atikah berpeluang berbual selama lima minit dengan Najib, menggunakan telefon bimbit Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengunjungi beliau di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, Taiping Perak- PERAK TODAY

Al Fatihah mudah-mudahan rohnya ditempatkan dikalangan para syuhadah. Amin

Artikel berkait

No comments:

Post a Comment