15 March 2011

Desakan PAS dan PR supaya kempen di PRN Sarawak dalam Tempoh 21 Hari

Salam untuk semua, berita terkini PAS dan pakatan rakyatnya DAP  telah berusaha keras untuk mendesak SPR supaya tempoh secukupnya bagi kempen PRN di Negeri Sarawak akan datang. Kenyataan ini dikeluarkan oleh HJ HADI dan dipersetujui bersama oleh pemimpin PR yang lain termasuklah jagoan mereka ANWAR IBRAHIM. Selain itu, desakan juga dibuat supaya PRN kali ini dilakukan secara bersih kononnya selama ini SPR tidak menjalankan tugas mereka secara adil. Secara peribadi, saya berpendapat, sekiranya diberikan tempoh 1 tahun sekalipun tempoh berkempen , puak puak PR ni masih tidak berpuas hati kepada kerajaan kerana apa yang mereka idam idamkan adalah untuk menakluk Putrajaya. Apakah mereka semua tidak tahu bahawa kos yang  terpaksa di keluarkan oleh kerajaan untuk membiayai semua peruntukan bagi mengadakan plihanraya?? Apa yang kerajaan buat semuanya tidak kena, dan selama ini mereka seringkali menuduh kerajaan Malaysia boros dalam berbelanja duit rakyat??Justeru, apakah tempoh 21 hari yang diinginkan oleh PAS dan PR itu tidak menggambarkan borosnya membelanjakan duit rakyat sedangkan banyak lagi perkara perkara penting yang boleh diselesaikan kerajaan sekiranya dipendekkan tempoh berkempen. 


Ini semua adalah desakan karutu marut yang sengaja dimanipulasi oleh PAS dan konco konconya kerana mereka sedar bukan senang untuk memenangi kerusi di negeri berkenaan. Tambahan pula dengan kemelut yang berlaku dalam PR menyebabkan rakyat sudah muak dengan segala tipu daya dan helah parti pembangkang. 



Artikel berkait

No comments:

Post a Comment