18 March 2011

Demo Aman Desak Anwar serah DNA

Salam..Pada hari ini 18 MAC 2011 dua pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO'S) telah membuat satu demo secara aman mendesak Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah di salah sebuah masjid, di Lumut, Perak. Demo ini diadakan selepas selesai menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan yang memaparkan beberapa kain rentang dan plekat tertera dengan tulisan mendesak Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah. Perhimpunan seumpama ini dipercayai turut diadakan di seluruh negara bagi menuntut Anwar yang sehingga kini mengambil keputusan berdiam diri. Selepas demo tersebut kedua dua pertubuhan ini telah membuat laporan polis di Balai Polis Lumut berkenaan desakan tersebut.

Hari demi hari negara kita asyik dilaporkan mengenai perarakan dan perhimpunan mendesak Anwar menyerahkan DNA tetapi malangnya si Anwar ni seolah olah tidak mempedulikan kehendak rakyat. Inikah cara Anwar melayan kehendak rakyat?? Belum lagi menjadi Perdana Menteri sudah bersikap kepala batu dan egois demi mempertahankan dirinya secara tidak langsung telah merungkai siapakah lelaki misteri yang dlabelkan 'Y' dalam siasatan pihak Polis.












Artikel berkait

1 comment:

  1. Serahla DNA tu woiii anwar..bodoh betula mangkuk ni.Apa nak susah sangat kalau dah tak salah berani jela bagi..

    ReplyDelete