28 March 2011

Nasharuddin Mat Isa Sudah Tidak Percaya Lagi Dengan PAS!


Krisis  yang  berlaku di dalam kepimpinan PAS Pusat kini dilihat telah berada dikemuncaknya walaupun rakyat tidak didedahkan apakah sebenarnya yang berlaku di dalam kepimpinan tertinggi PAS. Persoalan ini  timbul berikutan kengganan Nasharuddin Mat Isa untuk mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS  dengan memberi  kenyataan bahawa beliau akan memberi  laluan kepada tokoh lain yang lebih berminat.

 Antara tokoh-tokoh lain yang dikatakan berminat dan disebut-sebut  untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat ialah Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS Pusat) dan juga Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS Pusat .


Ketiga-tiga tokoh ini dilihat ada keinginan untuk mengisi jawatan tersebut berdasarkan populiriti yang ada pada setiap individu berkenaan.
Persoalannya disini, kenapa Nasharuddin Mat Isa begitu mudah memberi  laluan kepada  tokoh lain sedangkan beliau baru sepenggal memegang jawatan berkenaan malah ‘post’ Timbalan Presiden Pusat boleh dikatakan mempunyai kelebihan untuk membuat sebarang keputusan bagi meneruskan agenda parti PAS.

Berdasarkan kepada beberapa ‘info’ yang diperolehi daripada beberapa pemimpin PAS sendiri  mengatakan bahawa Nasharuddin Mat Isa telah ‘merajuk’  terhadap pimpinan tertinggi parti PAS kerana  dikatakan sebagai ‘tali barut’ kepada UMNO  dan membawa perjuangan PAS kea rah yang lebih ‘liberal’ berbanding dengan tokoh yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan berkenaan.

Perkara ini memang diakui berdasarkan kepada senario sebelum ini yang mana PAS pernah diajak berunding oleh UMNO untuk membetuk kerajaan perpaduan. Pada masa itu, Presiden PAS, Datuk Hj Abdul Hadi Awang juga lebih bersifat terbuka untuk duduk semeja dengan  pimpinan tertinggi UMNO dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan.

Namun disebabkan ketaksuban yang terlalu tinggi terhadap Mursidul Am  Datuk Nik Aziz,  akhirnya hasrat untuk membetuk kerajaan perpaduan tidak kesampaian kerana bagi ahli dan penyokong PAS, setiap keputusan yang dibuat oleh Nik Aziz merupakan satu ‘fatwa’ dan perlu diakui oleh semua peringkat pimpinan dalam parti PAS.

Apa yang menarik, kedua-dua pemimpin terntinggi parti ini iaitu Datuk Hj Hadi dan Nasharuddin dilihat lebih mengambil pendirian ‘berdiam diri’ sekiranya ada isu-isu yang timbul melibatkan pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Sebagai contoh dalam isu terbaru yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dengan video klip seks dengan seorang pelacur cina tidak diulas secara terperinci  apakah pendirian parti PAS terhadap isu berkenaan?

Justeru, yang jelasnya pendirian dan pandangan Hj Hadi dengan Nik Aziz adalah berbeza kerana awal-awal lagi Nik Aziz sudah menafikan bahawa ‘pelakon seks’ dalam video klip tersebut bukanlah Anwar Ibrahim malah menuduh isu ini sengaja ditimbulkan UMNO bagi tujuan menghancurkan karier politik Anwar Ibrahim. Adakah Nik Aziz sudah melihat video berkenaan kerana awal-awal memberi kenyataan sedemikian? Ataupun sengaja ingin menutup aib rakan dalam pakatan. Kiranya pelakon dalam klip video berkenaan ternyata Anwar, apakah pula jawapan Nik Aziz? Sepatutnya Nik Aziz terlebih dahulu melihat sendiri video klip berkenaan bagi mendapat kan kesahihannya dan barulah membuat sebarang komen kepada media..
BERAGAH@




Artikel berkait

3 comments:

  1. Tiga daripada naib tu hanya satu pilihan kumpulan ulamak.Sama-sama kita tengok nanti siapa heronya. Percayalah mereka juga akan tangguhkan segala pemilihan parti. Kuasa dalam pilihanraya lebih mustahak.


    Bekas ahli.Paloh

    ReplyDelete
  2. Penduduk bachok bernasib baik kerana ada Awang Adik.

    Tok Takenali.

    ReplyDelete
  3. Nasha akan tercampak, seperti orang tak da pendirian saja. saya naik pening tengok sipuddin lebih aktif di pentas pentas pas. Tak tahu la kot kot dia menumpang pentas saja.Luar drp kelantan siputdin ini kuat bela nuar semua palsu. orang pas yang tahu diam saja kerana takut sokongan kurang dah kerusi bertanding sikit di negeri lain. sedarlah untuk melayu.

    cermin diri,chemor.

    ReplyDelete