10 March 2011

KETAKSUBAN PAS DENGAN DAP

Assalamualaikum.

Pada hari ni kelihatan PAS dan DAP secara bersungguh – sungguh dilihat sedang bekerjasama untuk mendapat  takluk kuasa yang di idamkan selama ini masih buntu untuk dicapai walau dengan apa cara sekalipun. PAS yang dilabelkan sebagai boneka kepada DAP   telah menggadai prinsip perjuangan dan  yang kononnya berteraskan nilai nilai Islam malah  dalam masa pimpinan PAS yang tidak jemu jemu meracuni pemiran rakya dengan menghasut pemikiran rakyat bahawa sesiapa yang menolak perjuangan PAS akan mendapat saham api neraka (nauzubillah) ketika di akhirat kelak.


PAS dan DAP telah  melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan UMNO secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa  "UMNO dan BN sebuah parti korup  yang tidak memperjuangkan agama ". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang telah disempitkan mindanya oleh PAS sejak berkurun lamanya bahawa hanya parti PAS boleh menegakkan syiar Islam di negara ini walhal seluruh dunia  sudah sedia maklum konsep kesederahaan Islam yang diterapkan oleh pemerintah sediada (Pakatan BN) .

Dalam konteks perpaduan dan kesepatakan yang diamalkan oleh BN selama ini telah pun  di gariskan oleh baginda junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].


Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:

Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :
 
شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم
Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .


Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193
Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .


Artikel berkait

1 comment: