10 March 2011

Anwar ditahan semalaman kerana peraturan lokap - Pegawai

10/03/2011 4:59pm

KUALA LUMPUR 10 Mac - Pegawai penyiasat dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau memutuskan untuk menahan tertuduh semalaman kerana peraturan lokap tidak membenarkan rakaman percakapan dibuat selepas 6 petang.
Supritendan Judy Blacious Pereira menjelaskan ketika beliau membawa balik Anwar selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 10.25 malam, 16 Julai 2008, beliau tidak dapat menghabiskan soal siasat mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah ke atas saksi (ketika itu) kerana hari sudah lewat dan peraturan lokap tidak membenarkannya menyoal siasat pada waktu malam.
Sehubungan itu, Judy berkata, beliau terpaksa menahan Anwar semalaman di dalam lokap Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur supaya dapat menghabiskan soal siasat keesokan harinya. - Bernama

Artikel berkait

1 comment:

  1. Aduh kesian betui depa ni, camna nak kawad tu huhu..

    ReplyDelete