21 March 2011

Pelan 100 Merupakan Janji Kosong Pakatan Rakyat

Assalamualaikum...

Hari ini dalam siri ceramah ceramah pembangkang asyik menobatkan Buku Jingga sebagai asas permulaan sekiranya PR berjaya ke Putrajaya. Seperti yang kita ketahui bawah perkara pertama kononnya menggariskan bahawa mereka akan mereformasi adalah SPR, Suruhuanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Pejabat Peguam Negara dan yang tidak asing lagi adalah PDRM. Yang jelas ini semua adalah penipuan semata – mata bagi mengaburi mata rakyat.

Reformasi dan penambahbaikan ini sebenarnya telah lama di laksanakan oleh kerajaan di mana sentiasa peka dalam usaha transformasi yang melibatkan kesemua bidang kritikal seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri selama ini ‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Kesungguhan kerajaan dapat dilihat dalam transformasi BPR yang menjadi sebuah Suruhanjaya yang lebih adil dan berintegriti. Hasilnya suruhanjaya ini menjadi satu badan yang lebih agresif dan bebas dalam usaha menangani rasuah yang mana menyaksikan banyak kes kes berprofil tinggi diselesaikan tanpa sebarang pilih kasih.
Selain itu, undang-undang yang selama ini Berjaya mengekang anasir anasir keganasan dan cubaan untuk mencetuskan huru hara dalam Negara seperti ISA juga ingin dihapuskan seperti yang terkandung di dalam “buku JINGGA” Pelan 100 hari PR. Hal in menunjukkan bahawa pembangkang hanya menggunakan perkara ini sebagai tarikan untuk memancing rakyat. Hakikatnya berkemungkinan mereka akan menggunakan undang-undang yang lebih teruk daripada ISA bagi memastikan PR tetap berkuasa sedangkan kerajaan sediada menggunakan undang-undang ini untuk menjaga keselamatan Negara.

Saya melihat pemansuhan ISA merupakan satu lagi usaha pembangkang ingin memanipulasi situasi yang sudah ketandusan idea dan mereka pastinya tidak mampu untuk menunaikan janji. Jangkaan 100 hari adalah pelan yang agak mustahil dan tidak munasabah untuk dilaksanakan oleh PR.

Selain itu, pembangkang juga bermimpi untuk merombak struktur subsisi bagi mengurangkan subsidi kepada sector swasta dengan tujuan untuk diagihkan kepada subsidi rakyat. Adakah selama ini pelan subsidi kerajaan telah menyebabkan rakyat di Negara ini kebuluran??? Sepertimana yang berlaku di Negara Benua Afrika. Kedua-dua sector antara kerajaan dan swasta dilihat seimbang dalam merencanakan pelan ekonomi Negara bagi kesejahteraan rakyat sejagat. Saya percaya sekiranya subsidi sector swasta dialihkan kepada rakyat, ianya akan member kesan kepada iklim ekonomi Negara sekaligus meletakkan Negara kita berhadapan dengan kegawatan . Sekiranya ingin kefahaman jelas berkenaan Buku Jingga boleh download di sini.

Artikel berkait

3 comments:

  1. Biasalaj jenis masnusia bodoh dan tak reti di untung hidup dah aman nak cari masalah. Negara kita dan pun stabil tetapi jika puak puak PR jadi pemimpin habis Malaysia kena jual. Malaun punya PR.

    ReplyDelete
  2. Kalau diikutkan buku jingga tu tak tahu lagi negara kita akan berada di mana, mungkin akan ketinggalan lebih daripada negara Afrika. Masa tu, Anwar dan kuncunya mungkin dan jauh meninggalkan Malaysia dengan harta yang ditelan semasa menjadi perdana menteri

    ReplyDelete
  3. sial punya umno barwa si perasuah, korang ni semua takde keje lain ke asyik nak mengutuk apa yang PAS nak buat. Koorang ingat umno tahik tu boleh bagi korang semua kaya. banggang punya barwa umno

    ReplyDelete