22 March 2011

Dunia di Penghujung Usia..!!!

Salam sekalian ummmah..

Saya agak terpanggil untuk berbicara mengenai fenomena yang berlaku sejak akhir akhir ini bukan saja di Malaysia malah di seluruh rantau benua yang menyaksikan beberapa kejadian yang sememangnya tidak diduga oleh kita semua selagi bergelar manusia, makhluk ciptaan terbaik Allah SWT.

Bermula dengan kejadian gempa bumi di Jepun yang dicatat pada 9 skala ritcher menyebabkan berlakunya kejadian tsunami paling dasyat dalam sejarah negara itu sehingga mengorbankan beribu ribu nyawa. Malah, kejadian itu juga memberi implikasi yang paling buruk kepada kerajaan Jepun dalam menangani isu yang berkaitan loji nuklear di fukusihima. Sehingga kini belum ada penyelesaian terbaik untuk meredakan tahap kepanasan loji berkenaan yang sebelum ini sudahpun meledak. Kesannya kepada rakyat Jepun dan berdekatan dan tidak mustahil akan merebak ke seluruh rantau jiran.

Kita cuba beralih pula ke rantau Timur Tengah bermula dengan kejatuhan pemerintahan Hosni Mubarak yang menduduki takhta kerajaan Mesir yang akhirnya di tendang oleh rakyat akibat dasar ketidakadilan dan korupsi yang diamalkan semasa pemerintahannya. Terbaru krisis yang berlaku di LIBYA di mana dunia hari ini, dipamerkan dengan tindakan ketenteraan bersekutu ke atas negara itu yang kononnya untuk menuntut Presdien LIBYA, Muammar Gadaffi akur kepada desakan rakyat supaya berundur daripada kerajaan.

Tetapi adakah sasaran peluru berpandu dan bedilan tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika itu tepat mengenai sasaran itu puak puak tentera pro Gadaffi, ataupun beralih kepada rakyat LIBYA yang tidak berdosa seperti kanak kanak dan orang tua.

Jika dilihat kepada sejarah, sudah terbukti serangan AMERIKA dan sekutunya ke atas negara negara lain tidak lain dan tidak bukan hanya bermotifkan penguasaan kekayaan sesebuah negara itu, sebagai contoh sepertimana yang berlaku ke atas Iraq yang memiliki kekayaan telaga minyak dunia. Hal yang sama berlaku turut di LIBYA di mana Amerika dan sekutunya cuba mendominasi kepentingan minyak di negara itu.

Namun di Malaysia yang tercinta ini agak berbeza dengan negara negara lain serantau, yang mana isu pokok yang berlaku di negara ini adalah berkaitan kerakusan politik pembangkang untuk mencapai matlamat memerintah Malaysia. Mereka mengadu dombakan rakyat dengan pelbagai ramuan istimewa asalkan dapat memenuhi hasrat menakluk Putrajaya atau dengan kata lain berjaya menggulingkan kerajaan BN yang sediada.

Hal yang sedemikian sudah diketahui umum, namun saya agak khuatir sekiranya mereka berjaya memerintah negara ini kerana banyak faktor faktor yang membuktikan bahawa moral pemimpin pemimpin pembangkang ini tidak mencerminkan peribadi sebenar seorang pemimpin.

Hari ini disetiap pelosok mana sekalipun, ramai yang bertanya adakah benar Anwar terlibat dengan rakaman video seks bersama seorang pelacur cina di Hotel Carcasa Negara?? Persoalan ini bukan senang untuk dijawab oleh Anwar bagi menyakinkan rakyat di negara ini untuk memberi sokongan.

Apabila dirumuskan secara keseluruhan apa yang berlaku samada dalam negara mahupun negara serantau, saya percaya dan yakin usia dunia sudah semakin hampir dengan ajalnya. Justeru itu, kepada semua pembaca yang budiman,persediaan yang secukupnya perlu ada supaya kita sama sama menuju ke sana dalam keadaan tenang dan diredhai.

Dunia hari ini terlalu marah dengan penghuni-penghuninya yang sentiasa meletakkan kuasa sebagai cita cita sedangkan yang paling utama adalah sejauhmana tahap keimanan kita kepada Yang Maha Kuasa.

Sekian...

Artikel berkait

1 comment:

  1. Betul tu beragah samala kita memperbaiki diri untuk bekalan di akhirat.

    INSAN PRIHATIN

    ReplyDelete