14 November 2011

Adik Sultan Kelantan fail saman RM50 juta terhadap Malay Mail

KUALA LUMPUR: Adinda Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra pada Jumaat memfailkan saman fitnah berjumlah RM50 juta terhadap akhbar Malay Mail dan tiga lagi berhubung satu artikel yang mengaitkan beliau dengan kes tembakan terhadap pengawal istana Ramli Mohamed.

Tengku Muhammad Fakhry memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan A S Dhaliwal di Mahkamah Tinggi di sini.

Beliau menamakan akhbar Malay Mail Sdn Bhd sebagai defendan pertama, syarikat pencetak The New Straits Times Press (M) Bhd, Ketua Editor Yushaimi Maulud Yahya dan wartawan Marhalim Abbas sebagai defendan kedua hingga keempat.

Menerusi pernyataan tuntutan, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa kesemua defendan bertanggungjawab menerbitkan satu artikel dalam Malay Mail Online News Portal pada 5 Mei, 2010, sehingga menjejaskan reputasi, jawatan dan kerjayanya. Selanjut baca DISINI.

- Sumber
Sambung baca...

05 November 2011

Isu pencerobohan hutan di Perak mendapat perhatian PAC

IPOH, 5 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak akan mendapatkan penjelasan Jabatan Perhutanan Negeri Perak berhubung isu penerokaan dan pencerobohan haram hutan-hutan simpan, kata Pengerusinya Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata penjelasan tersebut akan merangkumi seluruh kawasan hutan negeri dan tidak sahaja memfokuskan soal pencerobohan Hutan Simpan Chikus yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Kita akan meminta penjelasan daripada Jabatan Perhutanan mengenai punca masalah ini...adakah berpunca akibat kecuaian ataupun kekurangan kakitangan jabatan menyebabkan berlakunya penerokaan haram.

"PAC juga mahu mendengar bentuk tindakan yang akan diambil bagi mengelak perkara ini berulang dan menyebabkan kerugian kepada negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubu Gajah, berkata pihaknya akan mendapatkan jumlah sebenar kawasan hutan simpan di negeri ini dan statistik kawasan yang diteroka secara haram serta maklumat peneroka sama ada individu ataupun syarikat.

Beliau berkata pencerobohan dan penerokaan hutan simpan adalah isu serius kerana implikasinya bukan sahaja merugikan sumber hasil negeri tetapi menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Selebihnya baca DISINI

- Bernama
Sambung baca...

31 October 2011

Berjuta-juta penganut Hindu mandi bogel

Sekiranya anda teringin menyaksikan jutaan orang dalam satu-satu masa bertelanjang bulat, datanglah ke perayaan Kumbh Mela di India :p . Kumbh Mela adalah sebuah ritual ziarah yang dilaksanakan oleh umat Hindu di India setiap 12 tahun sekali. Perayaan berikutnya pula akan hanya disambut pada tahun 2022.


Tradisi ziarah ini meliputi 4 lokasi: Allahabad (Prayag), Haridwar, Ujjain dan Nashik di India. Ziarah 12 tahun sekali ini dinamakan juga Maha Kumbh Mela (Kumbh Mela Besar) yang dilaksanakan di Prayag, yang dihadiri sehingga 60 juta orang. Hingga saat ini, inilah satu-satunya tradisi yang berjaya mengumpulkan pengunjung paling banyak di dunia dalam satu waktu sekaligus.

Sama sekali tidak ada rasa segan ketika jutaan orang berjalan dalam keadaan bogel melintasi sungai Gangga yang merupakan sungai suci bagi masyarakat India. Kumbh Mela adalah ziarah utama di mana orang-orang, terutama orang-orang suci (Sadhu), melakukan perjalanan jauh dan bertahan dengan ketidak-selesaan fizikal mereka. Dengan ritual ini, mereka berkesempatan untuk menyucikan dosa-dosa mereka.



Penganut Hindu yang taat sangat percaya bahawa Sungai Gangga memegang kekuasaan untuk menghilangkan dosa-dosa masa lalu. Sungai itu juga dianggap mampu membebaskan individu dari kitaran hidup dan mati (moksha) dan membawa mereka lebih dekat dengan yang maha tinggi (Braham).

Anil Sharma, seorang pengacara yang menghadiri perayaan ‘mandi bogel’ mengatakan, “Kerana sesuai dengan jalannya bintang, maka selama Kumbh, semua perkara baik yang anda lakukan akan berlipat ganda dan dihapuskan dosa-dosa.” Sebab menurut astrologi Hindu, Mela Kumbh terjadi setiap kali planet Jupiter memasuki Aquarius dan Matahari memasuki Aries.

Sumber : http://billyinfo.blogspt.com/
Sambung baca...

30 October 2011

Penyakit skodeng tahap gila babi

Kenapa ya lelaki suka sangat mengintai perempuan?. Pantang nampak perempuan seksi sikit, pasti akan sempat menjeling. Kalau golongan lelaki mahu nafikan, maka dusta semata-mata. hihihi. Jika lelaki adalah positif maka negatifnya pasti perempuan. Begitulah lelaki terhadap perempuan.

Tetapi lelaki yang seorang ini nampak sangat menjengkelkan!. Gila seks mungkin?. Ada patut dia boleh mengintai perempuan ini sampai tahap macam ini. Menjatuhkan maruah lelaki!. Bagus kalau perempuan dalam gambar ini terkentut. Baru padan muka dia!. hihihihi



Sambung baca...

18 October 2011

Hj Hadi bersekongkol dengan DAP tolak Hudud

KUALA LUMPUR 17 Okt – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar memberikan penjelasan lebih lanjut berhubung persetujuan bersama antara parti itu dengan DAP berhubung hukum hudud di dalam satu mesyuarat sulit baru-baru ini.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata keputusan mesyuarat itu yang dikatakan berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang” memerlukan penjelasan lebih lanjut daripada kepimpinan parti berkenaan.

Tegas beliau apa yang diutarakan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu seolah-olah memberi gambaran bahawa Pas secara berlapik menolak hukum berkenaan dan masih setia mengikat janji untuk bersama dengan sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang.

“Jika benar mesyuarat itu wujud dan jika benar apa yang diperkatakan oleh Guan Eng itu, alangkah malangnya penyokong mereka khususnya golongan “totok” yang selama ini sanggup mengkafirkan orang-orang UMNO kerana dikatakan menolak hudud.

“Sedangkan hari ini kita boleh tengok bagaimana kepimpinan mereka sendiri yang menolak hukum tersebut malah lebih menyedihkan terpaksa tunduk kepada golongan kuffar demi kuasa dan kepentingan politik mereka di dalam pakatan pembangkang.

“Sebab itulah kita minta penjelasan kerana ini yang akan diperkatakan di akar umbi. Kalau betul nak perjuangkan sila sebutkan dengan jelas dan bagaimana pula dengan persetujuan bersama di dalam mesyuarat sulit itu. Apa pun sudah terang ianya satu sandiwara oleh puak-puak tok guru yang bertopengkan perjuangan Islam di dalam Pas,” katanya kepada UMNO-Online.

Ketika mengesahkan pertemuan pada Isnin itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan berkata keputusan mesyuarat itu berakhir dengan “DAP dan Pas bersetuju untuk tidak bersetuju mengenai undang-undang Hudud dan Hudud bukanlah agenda bersama Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Dilaporkan juga DAP dan Pas terus menghadapi kebuntuan berhubung kontroversi undang-undang hudud selepas mengadakan satu lagi “mesyuarat sulit” di ibu pejabat DAP di sini.

Kedua-dua parti sekutu Pakatan Pembangkang itu mengadakan pertemuan dengan PKR sebagai usaha mencari penyelesaian dalam isu rumit mengenai cadangan Pas untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Kelantan.

Ini merupakan pertemuan kedua diadakan dalam tempoh dua minggu yang turut disertai para pemimpin tertinggi Pakatan.

Mereka termasuk ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, pengerusi kebangsaan Karpal Singh dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali.

Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya menambah, jika itulah keputusan mereka bermakna segala seminar dan segala apa jua program yang berkaitan hudud di Kelantan hari ini adalah satu lakonan semata-mata.

“Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut tetapi melihat kepada apa yang dilaporkan itu, Nik Aziz nampaknya berbohong kepada rakyat Kelantan. Paling sedih penyokong mereka yang sanggup berhujan dan berpanas mengunjungi ceramah dan program yang diadakan di ceruk pelusuk negara rupa-rupanya ditipu mentah-mentah,” katanya.

- Media UMNO
Sambung baca...

05 October 2011

Tiada kawasan yang dilabel 'hitam' di Perak

Barisan Nasional (BN) Perak menganggap tiada kawasan mengundi yang boleh dilabelkan ‘hitam’ iaitu yang tidak boleh dimenanginya dalam pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Datuk, Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga pengerusi BN Perak berkata sama ada ‘hitam’ atau ‘putih’ sesebuah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bergantung kepada strategi parti di samping usaha dan kerja keras setiap anggota untuk aktiviti masyarakat di situ.

“Sukar katakan kawasan tertentu sebagai ‘hitam’ sebab ini adalah politik. Kadangkala kawasan yang dianggap ‘putih’ (peluang cerah untuk menang) boleh bertukar ‘hitam’ kerana politik adalah sesuatu yang dinamik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Bertemu Pelanggan di sini hari ini.

— Bernama
Sambung baca...

29 September 2011

Isu Hudud hanya muslihat PAS kata Muhyiddin

PONTIAN 29 Sept. - Tindakan Pas menimbulkan isu pelaksanaan hukum hudud merupakan suatu muslihat politik untuk mengembalikan sokongan masyarakat terutamanya di kalangan pengundi Melayu terhadap parti itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Pas sedar sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu terjejas teruk berikutan keputusannya tidak mahu membentuk Negara Islam, sebaliknya kini mahu menubuhkan Negara Berkebajikan.

"Ia adalah muslihat politik Pas kerana dia tengok akhir-akhir ini sokongan terhadap Pas terjejas dengan teruk. Sebahagian daripada penyokongnya tidak berpuas hati dengannya,” katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra rakyat di perkarangan Masjid Jamek Kampung Sungai Bunyi, di sini hari ini. - Bernama
Sambung baca...

23 September 2011

Pakatan Rakyat akhirnya setuju menyertai Jawatakuasa Pembaharuan Pilihanraya

KUALA LUMPUR – Pakatan Rakyat akhirnya bersetuju menyertai jawatankuasa terpilih parlimen bersama dengan kerajaan untuk pembaharuan pilihan raya negara ini.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedia menghantar wakil daripada setiap parti komponen PR untuk menyertai jawatankuasa tersebut.


“Kita akan minta wakil tersebut membawa mandat rakyat yang dicetuskan oleh Bersih 2.0 untuk mengadakan proses (pembaharuan) pilihan raya yang bersih.

“Ini kerana kita berharap jawatankuasa ini bukan helah untuk melambatkan pembaharuan dan pilihan raya diadakan sebelum jawatankuasa ini bertindak,” katanya dalam kepada pemberita d:i sini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat semalam.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sehingga kini belum mendapat sebarang maklumat mengenai pembentukan jawatankuasa tersebut yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen 3 Oktober depan.

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan terbuka dengan memberi kerjasama penuh untuk melaksanakan pembaharuan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

“Kita beri peluang kepada kerajaan sama ada ini hanya taktik atau mereka benar-benar serius atau sebaliknya untuk melakukan perubahan dalam pilihan raya.

Selain itu, beliau turut mengulas rundingan kerusi antara parti komponen PR untuk pilihan raya umum akan datang yang mana setiap negeri diminta mencadangkan nama calon untuk diserahkan kepada peringkat Pusat sehingga akhir bulan ini.

“Tidak benar dakwaan bahawa rundingan (kerusi) gagal kerana perbezaan pendapat sering berlaku dan ini akan ditangani oleh parti di setiap negeri.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafar Ali berkata, sebahagian negeri telah mengemukakan nama kepada peringkat Pusat.

“Insya-Allah cadangan mengenai nama tersebut akan selesai dalam tempoh yang kita ditetapkan.

“Sekiranya ada pertindihan nama, Pusat akan menyelesaikan perkara tersebut,” katanya.

Sambung baca...

20 September 2011

Manoharan tidak layak berada di Malaysia

Wanita Umno menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana menghina Jalur Gemilang. Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Kamila Ibrahim berkata, Manoharan tidak layak berkhidmat sebagai wakil rakyat kerana beliau bertindak memperlekehkan kedaulatan negara.

"Jalur Gemilang adalah simbol negara dan kedaulatan. Menghina dan mengabaikan ia sama seperti satu pengkhianatan," katanya di sini, Isnin.

Katanya lagi, individu yang tidak tahu erti negara bangsa, kedaulatan dan prinsip-prinsip demokrasi tidak layak untuk menjadi ahli politik dan mewakili rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan kontroversi Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang sekiranya pembangkang berkuasa selepas pilihan raya akan datang sepertimana yang beliau muatnaikkan dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Malah beliau turut mengutuk tindakan Manoharan yang mengabaikan Jalur Gemilang dengan mengedarkan bendera DAP pada Hari Malaysia dan sambutan hari kemerdekaan.

Walaupun Manoharan telah menyatakan permohonan maaf, Kamilia berkata tindakan tegas tetap perlu diambil terhadap pemimpin pembangkang itu.

"Perkara ini tidak boleh dipandang ringan. Kenapa kita mesti melayan orang yang tidak mengiktiraf negara sendiri," katanya.
Sambung baca...